Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Daripada merajuk dengan Najib, kini...

Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan...

Isnin, 12 Disember 2011

Jerat UMNO, Utusan untuk Hasan Ali

Oleh Daing Yahya Setelah perhimpunan agung UMNO puas memaki dan memfitnah DAP, kini lidah rasmi parti itu Utusan Malaysia kembali memasang jerat "percintaan" di antara PAS dan UMNO. Isu yang dibangkitkan adalah pemimpin PAS Selangor Hasan Ali yang diketahui umum berbeza pandangan dalam beberapa perkara melibatkan pelaksanaan dasar kerajaan negeri Selangor.Perbezaan pendapatWalau pun perbezaan pendirian itu tidak bermakna prinsip perjuangan politik beliau sudah berubah, Utusan melalui kolum "Cuit" tulisan pengarang kanannya Zaini Hasan, sengaja membangkitkan pergeseran politik di antara Hasan Ali yang juga EXCO kerajaan negeri Selangor dan beberapa...

Husam, Taki ke Parlimen, Nik Amar calon MB ganti Nik Aziz?

YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13. "Ambo nok gi doh, ambo sakit perut...." walaupun itu ayat kegemaran Nik Aziz untuk mengelakkan diri dalam sesuatu keadaan, tetapi kali ini diyakinkan itu bukan alasan yang diguna. Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman...

Anwar Ibrahim Mahu Blogger Papa Gomo Disiasat

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi....

Jumaat, 16 September 2011

Siapa Jual Negara Kita??

Berita daripada laman luar negara (sila klik) yang menunjukkan UMNO sanggup buat apa sahaja untuk pertahankan kemenangan BN bagi PRU 13. Penjelasan Najib di perlukan! BANGLADESHI Prime Minister Sheikh Hasina told that she has been in Malaysia during her 6-day visit to South Korea and Malaysia last year. At the last leg of her six-day tour, Hasina arrived in Malaysia on May 18 to attend the 66th World Islamic Economic Forum [WIFE] in Kuala Lumpur, the next day where she delivered a special speech. During her stay in Kuala Lumpur, she held bilateral talks with her Malaysian counterpart Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak when some long standing...

Isnin, 12 September 2011

Ketua Pengarah JPN Perlu Letak Jawatan!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasa kesal kerana Jabatan Pendaftaran Negara gagal mengemaskini pengkalan data sehingga menyebabkan orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi. Apa yang sangat dikesalkan apabila pendedahan oleh Pakatan Rakyat terhadap seorang pengundi yang bernama Yusnati Haris telah dinafikan oleh JPN dengan mengesahkan kewargangeraan beliau sejak tahun 2008. Kes ini menjadi rujukan betapa lemahnya sistem pentadbiran JPN yang menjadi sebuah agensi kerajaan sangat penting terhadap negara. DPPWP hairan mengapa JPN tidak membuat kerja secara bersungguh-sungguh dengan membuat semakan dan meneliti setiap senarai...

UMNO Perlu Diharamkan Kerana Jadi Talibarut Dan Barua Penjajah, Komunis & Yahudi/APCO

Oleh: Tok Janggut Apabila isu kemerdekaan di bongkar oleh Mat Sabu, pihak yang paling takut, menggelabah, panas dan cemas adalah tidak lain hanyalah UMNO kerana tembelang dan penipuan mereka terhadap sejarah kemerdekaan negara sudah mula terbongkar dan diketahui oleh rakyat. Kini mereka berhempas pulas menggunakan apa saja alat dan pihak yang boleh menutup tembelang mereka itu juga dengan cara menipu dan memutarbelitkan sejarah kemerdekaan. Tetapi makin mereka cuba menafi dan menutup tembelang mereka, makin banyak yang terbongkar. Mereka cuba untuk mengaitkan pembangkang dengan penjajah (British), dengan komunis dan dengan Yahudi tetapi semuanya...

Jumaat, 9 September 2011

Dari Mana Dato’ Noh Omar Rompak Wang RM 77,000.00?

Akhbar Sinarharian bertarikh 30 ogos 2011 selasa menyiarkan berita bergambar bahawa YB Dato’ Noh Omar, Ahli Parlimen Tg Karang telah memberikan sumbangan hari raya berupa daging,ayam,beras,gula,minyak dan tepong kepada 11,000 pengundi Parlimen Tg Karang.  2. Kupon Berlambang UMNO/BN “Program Penyampaian Sumbangan Hari raya Daging Lembu,Ayam dan Beras” telah diedarkan disurau-surau dan masjid dalam Parlimen Tg Karang beberapa hari sebelum program tersebut.  3. Sumbangan telah disampaikan oleh pada 28 Ogos 2011 di beberapa tempat seperti: Dewan Dato’Hormat Tg Karang No 2 Jalan Bukit Belimbing K.Selangor. Surau Nurul Hidayah Sg...

Mat Sabu serang Bukit Bintang....

Setelah mempertahankan Mat Indera yang menyerang Bukit Kepong dalam tahun 1950, Mat Sabu telah bertekad untuk menyerang Bukit Bintang di dalam PRU13 akan datang. Di sinilah katanya Mat Sabu akan menentang Najib Tun Razak. Tempat ini dikatakan agak fair kerana tiada terdapat mana-mana kem tentera sementara undi posnya agak minima. Tambahan lagi populariti Najib, menurut Merdeka Centre masih selesa dan beliau akan menang dengan mudah di mana-mana saja beliau memilih untuk bertanding di Malaysia ini. Manakala Mat Sabu pula memang suka dalam kedudukannya sebagai calun underdog. Sama-samalah kita nantikan. Gambar (terkini) di atas dipetik dari...

British Tidak Pernah Menjajah, Hanya Membuat Lawatan Sambil Belajar Ke Tanah Melayu – Prof Kho Kho Krunch

8 September 2011 – British sebenarnya tidak pernah membuat penjajahan ke atas Tanah Melayu, sebaliknya hanya membuat lawatan sambil belajar ke Tanah Melayu, kata Profesor Kho Kho Krunch daripada Universiti of Ontahlah. Menurut beliau, askar-askar, tentera, soldadu British yang datang ke Tanah Melayu tidak lain tidak bukan datang ke Tanah Melayu semata-mata mengikuti program lawatan sambil belajar anjuran kerajaan British pada waktu itu. “Mereka memilih Tanah Melayu kerana sudah bosan dengan suasana hiruk-piruk kota London, Paris, New York dan sebagainya”, kata professor kajian sejarah itu lagi kepada wartawan PemudaGombak.com. Menurut Prof...

Rabu, 7 September 2011

Khairy nak cari populariti melalui Mat Sabu??

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Meskipun Mohamad Sabu enggan berdebat dengan Khairy Jamaluddin, namun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tetap mendesak Timbalan Presiden Pas tersebut supaya menyahut cabarannya. Katanya, 'kebaculan' Mohamad atau Mat Sabu membuktikan pemimpin Pas itu hanya gemar 'mengacah' tanpa menunjukkan keikhlasan terhadap apa jua perkara terutama yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Beliau baru menerima e-mel daripada Kerajaan Pas Kelantan memaklumkan debat antara beliau dan Mat Sabu dibatalkan kerana Timbalan Presiden Pas itu enggan berdebat dengannya. "Saya tidak mahu Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul...

Ahad, 4 September 2011

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

Oleh Mohamed Hadi al-Majwi Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia....

Isnin, 29 Ogos 2011

Pembangunan Malay Basin Utara: Kelantan Tidak Boleh Diketepikan

Saya merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM 15 bilion. Suka diingatkan bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yg disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 ,serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain. Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150km dan paling hampir berbanding Terengganu. Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh Salam perjuangan dari saya dan seluruh EXCO dan warga DPP Malaysia buat kalian semua sempena menyambut Aidil Fitri Mubarak 1432. Mudah - mudahan Aidil Fitri kali ini membawa kesan mendalam dan bermakna buat perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah di atas tanahair tercinta ini. Aidil Fitri adalah mercu kemenangan ummat Islam sepanjang zaman. Aidil Fitri adalah lambang perjuangan ummat Islam syirik dan kezaliman. Aidil Fitri adalah tanda kesatuan ummah berasaskan kalimah Tauhid yang dikumandangkan di pagi Syawal. Salam kemaafan jua dari kami seluruh warga DPP Malaysia.Sama - sama kita doakan...

Bebaskan Media Dari Kongkongan Politik Kepartian

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan membebaskan media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah untuk menjadikan ia lebih relevan dan dekat di hati rakyat. DPPM mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang menyatakan media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama. Bagi DPPM, generasi lama dan kebanyakan rakyat masih menggunakan media cetak sebagai bahan rujukan mereka memandangkan akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung. Oleh kerana itu, rakyat khususnya generasi lama masih bergantung kepada media cetak kerana...

PASTI Sarawak … selangit impian, segunung harapan buat ummah.

Di tengah-tengah umat yang hanyut dalam arus kejahilan, generasi muda yang tenggelam dalam kegelapan hedonistik dan pemerintah yang mabuk dalam fantasi kemewahan, telah tumbuh dengan segala kesukarannya sebuah institusi pendidikan yang bukanlah sesuatu yang asing lagi di Semenanjung dan Sabah iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Sarawak. Kehadirannya umpama sepohon pokok liar yang tumbuh di tengah-tengah hutan belantara yang sentiasa tidak lepas daripada pandangan, intaian dan jelingan daripada setiap kewujudan di rimba tersebut. Namun, perasaan takut, segan dan terasing itu di tambah lagi dengan segala kepayahan kehidupan dihadapi jua dengan...

Pastikan Penggunaan Dakwat Kekal Dilaksanakan Menjelang Pru Ke 13

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengotakan janji dengan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Dalam pada itu, DPPWP mengalu-alukan cadangan kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR. DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12. Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya...

Aidilfitri Bulan Menyatukan Persaudaraan Islam

Bagi mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Kawasan Titiwangsa, saya mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Adilfitri 1432 ini kepada seluruh umat Islam khususnya di Parlimen Titiwangsa. Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu daripada dua perayaan yang disunnahkan untuk kita menyambutnya selain Hari Raya AidilAdha. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai meraikan kejayaan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan tarbiyah bagi umat Islam mendidik jiwa, rohani, dan fizikal agar bertaqwa kepada Allah SWT. Natijah daripada berpuasa adalah melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Pengorbanan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan...

Lynas : Suatu Sikap diantara Pandangan Pakar dan Rakyat.

1. PAS sememangnya berbangga mempunyai ramai pakar saintis seperti Dr Che Rosli, Dr Zulkifli Ahmad dan lain - lainnya. Malah mereka adalah sebahagian dari pemimpin PAS yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Selain daripada sikap PAS yang selama - lamanya menghargai dan menghormati ilmu serta kepakaran seseorang tokoh yang diiktiraf, penglibatan mereka bersama PAS juga satu penghargaan besar kepada PAS setelah sekian lama PAS dimomokkan sebagai parti kampung, parti tok lebai, parti kain pelikat dan sebagainya. 2. Ertinya kini PAS tidak lagi parti pinggiran atau kampungan yang hanya menjadi mangsa belasahan UMNO dan BN sebagaimana dulu....

Sikap PAS terhadap Isu PPSMI

Merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh The Parent Action Group For Education (PAGE) yang meminta untuk bertemu dengan kabinet, supaya dapat diadakan pertemuan dan seterusnya kabinet didesak mengambil langkah untuk mengembalikan semula PPSMI-Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. PAS telah mengambil perjalanan berdasarkan kepada gabungan 80 NGO dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang kita (PAS) telah bersama-sama dengan mereka (GMP) membuat desakan didalam satu demostrasi yang besar dan ekoran dari itu kerajaan telah membuat peraturan (keputusan) untuk mengembalikan semula kepada dasar asal, dimana...

Sabtu, 27 Ogos 2011

PAS Pahang tetap menentang Projek Lynas

PAS Pahang tetap menentang projek Lynas walaupun ada percanggahan dalam kenyataan pakar-pakar, yang sebilangan kecilnya dalam PAS yang mengatakan ia tidak mengundang bahaya kepada manusia dan alam sekitar. PAS Pahang tetap menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang anggota parlimen PAS, Dr Che Rosli Che Mat, walaupun pendapat beliau berbeza dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat dalam hal ini. Kenyataan beliau berupa hak dan kepakaran pandangan peribadi yang harus dihormati. Ini tidak menjadi masalah kepada parti, malah parti meraikan perbezaan pendapat ini dalam juzuk selaras dengan landasan demokrasi. Meskipun demikian, untuk...

Malaysia Negara Pedagang Manusia?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia di tahap kedua. Laporan ini menunjukkan bahawa isu pemerdagangan manusia di Malaysia berada di paras yang bahaya dan sesuatu tindakan perlu dibuat bagi membanteras gejala pemerdagangan manusia. Lambakan pekerja asing yang menjadi punca pemerdagangan manusia di negara ini adalah isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan. DPPM mempersoalkan mengapakah pekerja negara asing boleh masuk secara mudah di negara ini walaupun pelbagai operasi penangkapan dan pembanterasan dijalankan....

Pemuda Pas Anjurkan ‘Mesra Al Mubarak’ Menjelang Musim Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) akan menganjurkan Program ‘Mesra Al Mubarak’ iaitu edaran ‘goodies’ kepada warga kota yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Program ini akan diadakan pada 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadhan 1432, bermula jam 9.00 malam di sekitar ibu kota dan negeri-negeri. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sumbangan kepada umat Islam yang akan pulang beraya dengan beberapa ole-ole untuk dibawa pulang ke kampung. Antara bahan yang akan diberi adalah berupa kuih raya, sticker ‘Selamat Pulang ke Kampung’ serta risalah khas. Risalah ini diharapkan...

Isnin, 22 Ogos 2011

Harga Makanan Pasar Ramadan Mahal

Pasar Ramadan yang kini mula rancak menjual pelbagai jenis hidangan dan lauk pauk untuk masyarakat Muslim berbuka puasa sekali lagi menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai. Apa yang uniknya tentang kehadiran Pasar Ramadan ini ialah, ia telah menjadi satu identiti negara kita Malaysia. Ini kerana ia bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat Islam semata-mata tetapi juga turut dikongsi bersama oleh para penganut agama lain. Dalam ertikata yang lain, kewujudan Pasar Ramadan ini telah diterima dan mendapat tempat di hati seluruh warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apatah lagi ia hanya muncul sebulan dalam setahun. Yang lebih unik dan menariknya...

Anwar Beri keterangan Di Kandang Tertuduh

Oleh SALWA SHA’ARI KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, memilih untuk memberi keterangan daripada kandang tertuduh bagi membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Perkara itu dinyatakan di Mahkamah Tinggi di sini, setelah ditanya sebanyak dua kali oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Keterangan dari kandang tertuduh bermaksud tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan, namun beban pembuktiannya kurang dan berat keterangan akan ditentukan oleh mahkamah kelak. - MSta...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Terkejut Dengan Kenyataan Panglima Angkatan Tentera

Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat semalam. Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Bin Omar, En. Mohamed Nasir Bin Hj Ahmad dan En. Kamarulzaman Bin Ibrahim. Sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa En. Abu Bin Kassim dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos. Tan Sri...

Perdana Menteri Hipokrit

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mencela sikap tidak bertanggungjawab Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila mengatakan bahawa kemungkinan Pilihanraya Umum ke 13 akan berlaku bila-bila masa dalam masa terdekat tanpa terikat dengan jawatankuasa terpilih parlimen yang akan ditubuh untuk menambah baik sistem pilihanraya Negara. Datuk Seri Najib mengatakan bahawa cadangan penubuhan jawatankuasa yang diumumkan oleh beliau baru-baru ini tiada kaitan dengan pilihanraya. Bagaimanakah sebuah jawatankuasa yang ditubuh khas untuk menambah baik sistem pilihanraya boleh tiada kaitan sekiranya pilihanraya yang diadakan...

Page 1 of 27123Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites