Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Sabtu, 20 Ogos 2011

Perdana Menteri Hipokrit

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mencela sikap tidak bertanggungjawab Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila mengatakan bahawa kemungkinan Pilihanraya Umum ke 13 akan berlaku bila-bila masa dalam masa terdekat tanpa terikat dengan jawatankuasa terpilih parlimen yang akan ditubuh untuk menambah baik sistem pilihanraya Negara.

Datuk Seri Najib mengatakan bahawa cadangan penubuhan jawatankuasa yang diumumkan oleh beliau baru-baru ini tiada kaitan dengan pilihanraya. Bagaimanakah sebuah jawatankuasa yang ditubuh khas untuk menambah baik sistem pilihanraya boleh tiada kaitan sekiranya pilihanraya yang diadakan sebelum ini cukup diragui proses perlaksanaannya?

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri ini merupakan satu kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab dan ianya menunjukkan sikap hipokrit dan bermuka-muka pihak Kerajaan Persekutuan untuk melakukan pembaharuan dan membersihkan sistem pilihanraya di Malaysia.

Berkemungkinan Y.A.B. Perdana Menteri telah dapat merasakan bahawa hayatnya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Ahli Parlimen Pekan ‘terkubur’ di dalam pilihanraya umum ke 13 sekiranya jawatankuasa terpilih Parlimen menyarankan penambahbaikan sistem pilihanraya yang telus dan adil.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini MENOLAK sebarang cubaan mengadakan pilihanraya awal sebelum daripada jawatankuasa terpilih parlimen ini ditubuhkan, bermesyuarat dan mencadangkan penambahbaikan sistem yang terbaik bagi menjadikan Pilihanraya Umum ke 13 akan datang menjadi kepada permulaan kepada sistem pilihanraya yang lebih bersih, telus dan adil.

MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites