Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Daripada merajuk dengan Najib, kini...

Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan...

Isnin, 29 Ogos 2011

Pembangunan Malay Basin Utara: Kelantan Tidak Boleh Diketepikan

Saya merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM 15 bilion. Suka diingatkan bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yg disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 ,serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain. Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150km dan paling hampir berbanding Terengganu. Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh Salam perjuangan dari saya dan seluruh EXCO dan warga DPP Malaysia buat kalian semua sempena menyambut Aidil Fitri Mubarak 1432. Mudah - mudahan Aidil Fitri kali ini membawa kesan mendalam dan bermakna buat perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah di atas tanahair tercinta ini. Aidil Fitri adalah mercu kemenangan ummat Islam sepanjang zaman. Aidil Fitri adalah lambang perjuangan ummat Islam syirik dan kezaliman. Aidil Fitri adalah tanda kesatuan ummah berasaskan kalimah Tauhid yang dikumandangkan di pagi Syawal. Salam kemaafan jua dari kami seluruh warga DPP Malaysia.Sama - sama kita doakan...

Bebaskan Media Dari Kongkongan Politik Kepartian

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan membebaskan media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah untuk menjadikan ia lebih relevan dan dekat di hati rakyat. DPPM mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang menyatakan media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama. Bagi DPPM, generasi lama dan kebanyakan rakyat masih menggunakan media cetak sebagai bahan rujukan mereka memandangkan akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung. Oleh kerana itu, rakyat khususnya generasi lama masih bergantung kepada media cetak kerana...

PASTI Sarawak … selangit impian, segunung harapan buat ummah.

Di tengah-tengah umat yang hanyut dalam arus kejahilan, generasi muda yang tenggelam dalam kegelapan hedonistik dan pemerintah yang mabuk dalam fantasi kemewahan, telah tumbuh dengan segala kesukarannya sebuah institusi pendidikan yang bukanlah sesuatu yang asing lagi di Semenanjung dan Sabah iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Sarawak. Kehadirannya umpama sepohon pokok liar yang tumbuh di tengah-tengah hutan belantara yang sentiasa tidak lepas daripada pandangan, intaian dan jelingan daripada setiap kewujudan di rimba tersebut. Namun, perasaan takut, segan dan terasing itu di tambah lagi dengan segala kepayahan kehidupan dihadapi jua dengan...

Pastikan Penggunaan Dakwat Kekal Dilaksanakan Menjelang Pru Ke 13

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengotakan janji dengan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Dalam pada itu, DPPWP mengalu-alukan cadangan kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR. DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12. Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya...

Aidilfitri Bulan Menyatukan Persaudaraan Islam

Bagi mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Kawasan Titiwangsa, saya mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Adilfitri 1432 ini kepada seluruh umat Islam khususnya di Parlimen Titiwangsa. Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu daripada dua perayaan yang disunnahkan untuk kita menyambutnya selain Hari Raya AidilAdha. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai meraikan kejayaan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan tarbiyah bagi umat Islam mendidik jiwa, rohani, dan fizikal agar bertaqwa kepada Allah SWT. Natijah daripada berpuasa adalah melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Pengorbanan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan...

Lynas : Suatu Sikap diantara Pandangan Pakar dan Rakyat.

1. PAS sememangnya berbangga mempunyai ramai pakar saintis seperti Dr Che Rosli, Dr Zulkifli Ahmad dan lain - lainnya. Malah mereka adalah sebahagian dari pemimpin PAS yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Selain daripada sikap PAS yang selama - lamanya menghargai dan menghormati ilmu serta kepakaran seseorang tokoh yang diiktiraf, penglibatan mereka bersama PAS juga satu penghargaan besar kepada PAS setelah sekian lama PAS dimomokkan sebagai parti kampung, parti tok lebai, parti kain pelikat dan sebagainya. 2. Ertinya kini PAS tidak lagi parti pinggiran atau kampungan yang hanya menjadi mangsa belasahan UMNO dan BN sebagaimana dulu....

Sikap PAS terhadap Isu PPSMI

Merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh The Parent Action Group For Education (PAGE) yang meminta untuk bertemu dengan kabinet, supaya dapat diadakan pertemuan dan seterusnya kabinet didesak mengambil langkah untuk mengembalikan semula PPSMI-Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. PAS telah mengambil perjalanan berdasarkan kepada gabungan 80 NGO dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang kita (PAS) telah bersama-sama dengan mereka (GMP) membuat desakan didalam satu demostrasi yang besar dan ekoran dari itu kerajaan telah membuat peraturan (keputusan) untuk mengembalikan semula kepada dasar asal, dimana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites