Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat semalam.
Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Bin Omar, En. Mohamed Nasir Bin Hj Ahmad dan En. Kamarulzaman Bin Ibrahim. Sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa En. Abu Bin Kassim dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos. Tan Sri Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS megambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.
Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela. Mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan displin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut. Saya penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil kehadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang. Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.
Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit. Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan. Menyalahkan pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.
Sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos. Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos. Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera.
Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita. Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya.
MOHD ADRAM BIN MUSA
TIMBALAN PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA.
4 ulasan:
Pandangan saya mengenai Pemuda PAS didalam hal ini adalah melampaui batas batas atau cross the line yang tidak sepatut Pemuda PAS lakukan.Kalau pun hendak menggunakan isu ini sebagai politikal persepsi menjuruskan kepada memburukan instutusi keselamatan adalah tidak wajar samakali.Hal hal berlaku di dalam ATM tidak boleh di war warkan walaupun hal hal yang berlaku itu betul atau salah kerana ia akan menimbulkan persepsi yang buruk kepada anggota ATM.Kalau pun hendak memenangi hati warga ATM supaya mengundi Pakatan Rakyat dengan memburukkan pengurusan ATM, saya rasa Pemuda PAS telah tersalah strategi politik. Pemuda Pas mungkin dapat menyakinkan bekas tentera tetapi saya berpendapat tidak kepada institusi ATM kini dimana Pemuda PAS telah memalukan mereka terutama Panglima ATM.
apa pula pandangan KOBAT tentang penafian mantan Panglima ATM 4 orang bekas tentera yang menafikan manipulasi undi pos?
jawapan yang bakal kita dapat ialah:
mereka dibayar utk keluarkan statement tu/jawapan dah disediakan/mereka pro kerajaan etc.
c'monlah...kes ni da mcm cerita ayam dan telur. Siapa yang dahulu??
www.askarsetia.blogspot.com
apala korang ni...duduk jela aman2 kat malaysia yg aman ni...xpyah nk tuduh menuduh dan fitnah menfitnah...ALLAH je yg Maha mengetahui....xpayah nk kata org itu ini..cermin diri sendiri.ukur bju badan sndiri..bwa mengucap....
Janganlah memperkecilkan kewibawaan keempat bekas anggota tentera tersebut - apakah begitu senang mempengaruhi mereka yang pernah berkhidmat dalam tentera yang penuh dengan disiplin dan kecekalan serta jati diri?
Apakah kamu hendak menuduh mereka bercakap bohong? Kita perlu hormat kepada semua orang dan tindakkan mereka sah disisi kebebasan bersuara dibawah perlembagaan - tidak perlulah sibuk-sibuk itu hak mereka.
Catat Ulasan