Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Jumaat, 9 September 2011

Dari Mana Dato’ Noh Omar Rompak Wang RM 77,000.00?

Akhbar Sinarharian bertarikh 30 ogos 2011 selasa menyiarkan berita bergambar bahawa YB Dato’ Noh Omar, Ahli Parlimen Tg Karang telah memberikan sumbangan hari raya berupa daging,ayam,beras,gula,minyak dan tepong kepada 11,000 pengundi Parlimen Tg Karang.

 
2. Kupon Berlambang UMNO/BN “Program Penyampaian Sumbangan Hari raya Daging Lembu,Ayam dan Beras” telah diedarkan disurau-surau dan masjid dalam Parlimen Tg Karang beberapa hari sebelum program tersebut.

 
3. Sumbangan telah disampaikan oleh pada 28 Ogos 2011 di beberapa tempat seperti:

  1. Dewan Dato’Hormat Tg Karang
  2. No 2 Jalan Bukit Belimbing K.Selangor.
  3. Surau Nurul Hidayah Sg Kajang,Tg Karang.
  4. Galeri Tg Karang
  5. Kg Gulang2
  6. Sg Terap
  7. Sg Sireh
  8. Surau Sg Kajang Baru.
3. Setiap tempat pengagihan sumbangan hari raya itu telah mendapat antara 4 hingga 10 ekor lembu.Dianggarkan tidak kurang dari 50 ekor lembu diseluruh parlimen Tg Karang telah di sembelih. Upah sembelih adalah RM 50.00 seekor.

 
4. Disamping itu FAMA Bt 2,Kuala Selangor telah menghantar 4000 ekor ayam ke Tg Karang Pada 28 Ogos 2011.

 
5. Tiap orang menerima antara RM 60.00 hingga RM 70.00 berupa daging lembu,ayam 2 ekor,beras 10 kg,gula,tepong dan minyak.

 
6.Menurut Sinarharian 30 Ogos 2011 seramai 11,000 telah menerima sumbangan . Jadi jumlah sumbangan Hari raya oleh Noh Omar adalah dianggarkan berjumlah antara RM 660,000 hingga RM 770,000.00.

 
7. Sumbangan daripada Menteri Pertanian ini hanya tertumpu kepada pengundi Parlimen Tg Karang sahaja, tidak termasuk pengundi UMNO Sg Besar ( Bahagian Dr Khir Toyo ---- musuh bubuyutan Dato’Noh )dan UMNO Bahagian Kuala Selangor.

 
Justeru itu sebagai pengundi dan rakyat Selangor merasa heran :

 
  1. Bagaimana Dato’ Noh Omar mendapat wang sebanyak itu?
  2. Selaku Menteri Pertanian,ia telah mengamalkan salahguna kuasa dengan meminta FAMA Kuala Selangor menghantar 4000 ekor ayam untuk program tersebut.
  3. Juga selaku Menteri Pertanian mengapa pengundi Parlimen Tg Karang sahaja mendapat sumbangan hari raya
  4. Kupon sumbangan hari raya adalah program UMNO/BN telah diedar disurau/masjid dalam Parliman Tg Karang.
8. Harap mereka yang bertanggung jawab dapat menyiasat program tersebut.

 
Daripada

 
muharram
8 Sept 2011

2 ulasan:

Salam,

Sedap btl Tn. Penoreh Getah mengata Dato Noh Omar (yg btl adlh YB Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar) sb g perompak...

1. Saya sbg rakyat tg Tg Karang sgt terkilan kerana Tn. Penoreh Getah menuduh wakil rakyat kami yg sgt perihatin sbg perompak.
2. Saya menyarankan agar Tn. Penoreh Getah yg dah kaya disbbkn harganya yg dah naik atas usaha kerajaan BN jangan hanya pandai menyalak shj, senang atas usaha org lain tanpa mengetahui betapa susahnya usaha org.
3. Saya mahu Tn. Penoreh Getah turunlah ke akar umbi dan lihat sebenar-benarnya apa yg berlaku, jangan hanya tahu menuduh tanpa usul periksa.
4. Kami rakyat Tg Karang kenal sgt YB Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, anak pemandu teksi yg membesar di kwsn sawah padi dan nelayan, kalau nak cerita pasal susah nak sambut raya jgn tanya YB Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, beliau lg lebih susah dr org lain.
5. Utk makluman Tn Penoreh Getah, sudah sekian lamanya YB Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar memberikan sumbangan kpd semua rakyat menjelang Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
6. Utk Hari Raya (sblm ini) lebih 5 ribu org menerima sumbangan drpd YB Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar dan diserahkan dgn mengikut kategori iaitu ibu tunggal, fakir miskin, org kurang upaya, warga emas dan anak yatim
7. Namun pada hari raya kali ini saya nampak YB Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar telah membuat perubahan yg membuatkn pihak Pakatan Rakyat kepanasan dan akan gulung tikar. Tanpa mengira fahaman seramai 11 ribu rumah rakyat yang akan menyambut hari raya menerima sumbangan dari YB Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, tak kiya org UMNO ke, org PAS ke, org PKR ke, org melayu DAP ke...semuanya dapat...melalui JKKKP (Ketua Kampung Persekutuan), tiada upah sembelih, sebaliknya dilakukan secara gotong royong, ini dpt sata buktikan kerana saya sendiri terlibat dalam operasi penyembelihan dan pengagihan di kampung saya. Rasa seronok kerana lps solat subuh saya turut sama menumbangkan lembu dan yg lebih seronok dpt berjumpa rakan-rakan sekampung.
8. Sefahaman saya, sumbangan yg diberikan ini adlh dr Ahli Parlimen yg juga Ketua UMNO Bhgn Tg Karang yg perihatin dan tidak melibatkan kedudukan beliau sbg Menteri Pertanian.
9. Sbg Ahli Parlimen Barisan Nasional pastinya beliau mempunyai peruntukan utk rakyat dan semua Ahli Parlimen BN tidak kira di mana kerusinya pasti dpt peruntukan dr kerajaan. Cuba-cubalah Tn Penoreh Getah tanya wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yg dah MB Selangor bg bajet...duitnya buat apa?...utk rakyat atau masuk poket sendiri...atau kongsi sama kroni...
10. Kalau FAMA Bt 2 Kuala Selangor hantar ayam setakat 4 ribu ekor tak cukup utk rakyat Tg Karang wahai Tn Penoreh Getah...ini bukan fakta tapi auta...mana dpt fakta ni...mungkin saya tak tahu atau silap, FAMA bekalkn ayam ke wahai Tn Penoreh Getah?...Maklumlah saya ni kerja kilang tak tahu tanggungjawab jabatan kerajaan, yg saya tahu mana2 pemimpin yg jaga rakyat saya akan sokong spt YB Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, masalah dan kelu kesah rakyat menjadi tanggungjawabnya...kalau setakat 4 ribu ekor... wahai Tn Penoreh Getah hanya 2 ribu rumah shj yg akan terima sumbangan...tapi 11 ribu rumah tau...maka renungkan dan selamat berfikir...jangan hanya tahu buat auta sahaja...
11. YB Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar yg saya pasti akan sentiasa memastikan semua rakyatnya baik dr peringkat kanak2 sekolah hingga warga emas tanpa mengira fahaman dan kedudukan berada dlm keadaan terbaik dan selesa....
12. Wahai Tn Penoreh Getah yg dah kaya...sedekahkanlah sedikit yg anda perolehi utk rakyat yg masih bnyk memerlukan...
13. Kami rakyat Tg Karang sentiasa gembira dgn apa yg diberikan oleh wakil rakyat BN kami khususnya drpd UMNO ys sentiasa menyusun program dgn baik utk mendekati rakyat...berbeza dgn kerajaan PR yg hanya pandai meniru dan berpura-pura kpd rakyat...

“RENUNG-RENUNGKAN DAN JANGAN HANYA TAHU BUAT AUTA SAHAJA”


Rakyat Tg Karang
SYAWAL

Bertuahnya rakyat Tg Karang dapat wakil rakyat macam Noh Omar yg sangat prihatin kepada rakyat. Buat apa upah kalau dah dapat FREE yg penting masuuuuuk. Dia dapat dari mana Lembu lembu dan ayam ayam tu ADA AKU KESAH. Yang penting RAYA BEB.
Lagi pun 250 juta duit projek lembu kondo belum habis lagi.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites