Orang sering memperkatakan mengenai pembangunan
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebuah perbadanan ditubuh untuk tujuan itu tetapi
kita belum dapat melihat sebarang kemajuan. Kita sedar banyak masalah perlu
ditangani terutama soal pemilikan tanah yang dilaporkan ada yang tersenarai
sehingga berpuluh nama sebagai 'tuan punya'.
Buat seketika, kita lupakan soal pembangunan
menyeluruh Kampung Baru tetapi menumpukan kepada persoalan apa sudah jadi dengan
pembangunan sebuah pusat kebudayaan dan kesenian bernilai kira-kira RM40 juta
di tapak bekas pasar malam Jalan Raja Muda Musa?
Mungkin Teuku Adnan Teuku Mansor yang kini
Menteri Wilayah Persekutuan ada jawabannya kerana dia sendiri hadir apabila
Perdana Menteri (ketika itu) Tun Abdullah Ahmad membuat pengumuman mengenai
pembangunan tersebut. Ku Nan ketika itu Menteri di Jabatan Perdana
Menteri.
Menurut laporan media, selepas lawatannya pada
4 Januari 2004, Abdullah menyatakan bahawa Kompleks Pusat Kebudayaan dan Makanan
Antarabangsa itu akan dibina sebaik siasatan mengenai punca kebakaran yang
berlaku pada Januari 2004 itu selesai. Kebakaran itu membabitkan 35 unit rumah
kedai yang didiami 38 keluarga.
Abdullah juga berkata kompleks berkenaan akan
dijadikan sebagai contoh kepada projek pembangunan menyeluruh yang dirancangkan
oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) untuk Kampung Baru.
Kompleks yang dicadangkan itu diberitakan akan
menempatkan sebuah muzium mini, kompleks membeli-belah dan pusat kebudayaan
makanan yang akan dimanfaatkan oleh lebih 100 kedutaan asing yang terdapat di
Kuala Lumpur.
Rancangan DBKL itu memang hebat tetapi kita
ingin tahu apa sudah jadi dengan apa yang dijanjikan itu?
KudaRanggi
http://kudaranggi.blogspot.com
KudaRanggi
http://kudaranggi.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan