Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Isnin, 13 Jun 2011

Malaysiakini diarahkan fail pembelaan

KUALA LUMPUR 13 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi peluang kepada pengendali laman berita Malaysiakini, untuk memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 17 Jun ini dalam kes saman fitnah RM100 juta oleh ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap bekas rakan perniagaannya Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd.

Hakim Datuk V.T. Singham menetapkan tarikh itu selepas mendengar penjelasan peguam Zulhilmi Wagiman berhubung kegagalan beliau menghadiri prosiding sejak saman itu difailkan buat pertama kali sehingga ia dibatalkan sebelum difailkan semula di mahkamah.

Beliau menetapkan 1 Julai ini untuk pengurusan kes tersebut.

Pada 17 Mac lalu, Ummi Hafilda, 43, selaku plaintif telah menyaman Nor Azman dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah dan menjatuhkan maruahnya.

Bagaimanapun pada 13 April lalu, mahkamah membatalkan saman itu setelah peguam kesemua pihak yang terlibat tidak hadir sebelum ia difailkan semula oleh plaintif pada 25 April lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites