Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Ahad, 17 Julai 2011

Perempuan gila ini nak tumbuk Anwar Ibrahim

Dulu ada yang tumbuk Anwar di lokap sampai lebam biji mata. Yang tumbuk tu jantan. Boss segala polis bagi menunjukkan acuan bagaimana ayah begitulah anaknya. Jadi tak hairanlah polis ini main kasi tumbuk sahaja tanpa siasatan.

Kalau bos polis yang kita dah jadi bekas bos polis berperangai macam tu tak hairanlah polis semuanya begitu. Sekarang bos polis adalah penipu jangan hairan selepas ini semua polis tak tipu banyak tipu sedikit.

Sekarang ini ada perempuan nak tumbuk ANwar.. he takutnya aku!! Bacalah di bawah ini.


# KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."


Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.


Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.


Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.


"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.


"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.


Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.


Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.


Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.


"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.


Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.

8 ulasan:

takde otak perempuan ni.
yang dijemput tak datang, anwar kena pulak

" ...hanya 1,000 orang yang hadir..."
bsyukur la 1000 org yg dtg..
dari xdak langsong...
tu pon nak kecoh...
adoi...

apsal nak salahkan anwar ibrahim? salahkan polisla, ngok! Polis sepatutnya mengawal kat luar stadium, bukan buat sekatan jalan. Xde akai pompuan ni, dah tua bangka otak berkarat

org memang taknak datang kek ghumah ekau...apa salah nuar lak...bingai betoi org tua nii...porahhh....

Pembantu pejabat.....kenduri kahwin utk katering 45ribu.....btul ke? Hebat btul...kalah majlis datuk2 kalo btul mcm ni...agak2 la woi...dunia2....

yang ko bwat majlis kahwin hari sama dengan perhimpunan bersih tu kenapa??...
sapa y harus dipersalahkan sekarang...
ko,datuk seri anwar atau aq??...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites