Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Daripada merajuk dengan Najib, kini...

Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan...

Penyokong Mursi dibedil...

Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur. ....

Kekal lah PAS sebagai parti yang berakhlak..

Kalaulah disuruh pilih sebuah parti yang dikatakan stabil, ahli-ahlinya berdisiplin dan berakhlak, sudah pasti pilihan tadi adalah PAS.....

Orang Melayu jangan menaruh harapan yang tinggi..

Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam.....

Apa dah jadi dengan Pusat Kebudayaan?

Orang sering memperkatakan mengenai pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebuah perbadanan ditubuh untuk tujuan...

Jumaat, 22 Julai 2011

Satu lagi tangkapan kerana beri ceramah tanpa permit??

Hebat benar polis Malaysia (yang bersikap adil bertimbang rasa atas dorongan parti UMNO). Saya berpendapat William Bourdon, Prominent French human rights lawyer kena tangkap sebab tak ambil permit nak beri ceramah.

Kalau tak ambil permit boleh mendatangkan HURU HARA!! mungkin juga ada kaitan dengan Komunis.. hehe

Baca sepenuhnya di bawah untuk cerita lebih tepat!


Isnin, 18 Julai 2011

Nak termuntah baca berita ini!!

Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.

Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.

Ahad, 17 Julai 2011

Perempuan gila ini nak tumbuk Anwar Ibrahim

Dulu ada yang tumbuk Anwar di lokap sampai lebam biji mata. Yang tumbuk tu jantan. Boss segala polis bagi menunjukkan acuan bagaimana ayah begitulah anaknya. Jadi tak hairanlah polis ini main kasi tumbuk sahaja tanpa siasatan.

Kalau bos polis yang kita dah jadi bekas bos polis berperangai macam tu tak hairanlah polis semuanya begitu. Sekarang bos polis adalah penipu jangan hairan selepas ini semua polis tak tipu banyak tipu sedikit.

Sekarang ini ada perempuan nak tumbuk ANwar.. he takutnya aku!! Bacalah di bawah ini.


Sabtu, 16 Julai 2011

Baharuddin akan menerima nasib sama dengan Ahmad Sarbani - Mati Mengejut

Baharuddin seorang perseta himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia akibat serangan gas pemedih oleh pihak polis akan menerima nasib yang sama dengan Ahmad Sarbani dikategorikan "Mati Mengejut" atau mudah mati terkejut lihat asap gas pemedih mata.

Polis mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ku berkata pasukan itu akan menjalankan siasatan berhubung kematian Baharuddin Ahmad, 56, di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan di kawasan KLCC ketika cuba melarikan diri daripada tindakan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan air berasid.


Muslihat apa pihak polis baik sangat dengan Presiden PAS?


Presiden PAS walaupun ditangkap dilayan dengan baik oleh pihak polis. Sampai pihak polis hantar Presiden ke tempat pengindapan.


Anwar Ibrahim pula sorry tak main baik-baik. Lanyak sahaja. Pelikkan? Apa muslihatnya. Orang PAS jangan m udah tertipu!!

Generasi 709 lanjutan daripada Bersih 2.0


KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Generasi 709 mengadakan perhimpunan aman bagi memperingati kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad pada 9 Julai lalu.

Kira-kira kurang 60 orang peserta perhimpunan berkenaan yang memakai pakaian bewarna kuning berarak secara aman dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menuju ke Avenue K pada pukul 2 petang Sabtu.


Jumaat, 15 Julai 2011

Ketua Polis mana rompak duit makan tahanan bersih?



Benarkan tahanan bersih diberikan makan RM25 sepinggan? Makanan tak sedap mana, kuah karinya cair RM25.  Kalau makanan disediakan untuk 2000 orang ini tak termasuk mana-mana polis buat keluar makanan untuk kaum kerabatnya. Jumlahnya adalah RM50 ribu.

Ketua polis mana yang dapat tander ini?

Kasari perhimpunan Bersih: Pentadbiran Najib mula tertekan

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Pentadbiran Najib akhirnya mula memberi respons kepada kritikan-kritikan pedas media asing berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Dalam suratnya kepada Wall Street Journal, Putrajaya berkata Malaysia benar-benar sebuah negara demokrasi.

Wall Street Journal merupakan antara akhbar asing yang mengkritik cara Putrajaya ekoran tindakan keras digunakan oleh polis dalam meleraikan ribuan penunjuk perasaan di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia.

Sekarang masa rakyat menyerang pula!!

Polis asyik belasah kita, serang kita. pukul kita. Kita tak boleh diam diri. Daripada 1667 orang yang ditangkap jangan membisu dan diam. Anda ada hak untuk bersuara sebagai rakyat yang berada dalam negara yang Merdeka.

Ayuh mulakan sekarang, Ikutilah jejak langkap Musafri Abdullah Azmi!!! Ayub bangkit saman polis dan kerajaan.

Menjawab tulisan lembu daripada laman lembu!!

Tulisan kuning/italic adalah jawapan saya.

BERSIH YANG KOTOR
- Tajuk artikel daripada seorang pengotor!!

ISU BERSIH telah disensasi dan diputarbelitkan secara maximum oleh puak pembangkang untuk meraih simpati dan menjuarai kepentingan politik mereka. Saya puji sikap penyokong fanatik di kedua-dua belah pihak yang sanggup ke jalan2 raya untuk berdemonstrasi. Begitu juga dengan para pelajar Malaysia dan orang awam di negara-negara tertentu yang konon turut menyokong penganjuran BERSIH.

Siapa yang sensasi ngok!! TV dan media arahan Najiblah ngok! Sanggup dijalan raya tanpa sebarang bayaran tak macam petroit terpaksa import bangla. itu baju di beri percuma.

Rabu, 13 Julai 2011

Noh Omar Babi Yahudi

Sedap muncung Noh Omar kata Pakatan Rakyat macam lembu. Dia tu perangai macam babi Yahudi layan rakyat teruk daripada Yahudi. Yahudi tak seksa rakyat sendiri. Ini lebih teruk daripada babi main sondol aje.

UMNO patut cermin diri, jadi pemimpin setakat tipu rakyat, ingat apa tak berdosa itu pun makan harta haram saling tak tumpah seperti babi tak kira halal haram!!

BERSIH 2.0 - Kenapa polis hanya berkasar kepada Melayu sahaja?


Polis telah memain sentimen perkauaman dengan mengeluarkan kenyataan kononnya 95% yang telibat dengan perhimpunan Bersih adalah Melayu.  Penyataan ini adalah didasarkan kepada hasil tangkapan yang dibuat pada 9 Julai 2011 lalu.

Kenapa bodoh sangat pihak polis tak boleh nak fikir guna otak. Lagi satu Utusan juga memainkan jarum menghasut secara halus. Aku nak tanya kenapa polis tangkap orang di Masjid? Tak tangkap di Gereja dan Kuil yang berhampiran di KL??

Selasa, 12 Julai 2011

Lawak Ketua Polis Malaysia Pasal Senjati Api & Bom Petrol


Masih ingatkah anda? Ketua Polis Malaysia dan Ketua Polis Selangor beriya-iya dalam TV mengatakan penemuan senjata yang dipercayai didalagi oleh pihak BERSIH untuk merusuh di ibukota pada 9 Julai 2011 nanti.

Saya rasa polis telah melakukan sebaik yang mereka boleh - Pak Lah


Pak Lah kata begini pada media selepas merasmikan Forum Perlancongan Dunia Islam di Kuala Lumpur pagi tadi selepas melihat gambar menantunya dalam fb, twitter dan blog. Lagipun anaknya pun cakap Parfum yang dipakai abang Kahiry masih lagi berbau.. tak ada pun bau gas!!

Tanda-tanda awal kerjayaan BERSIH 2.0


Siapa kata bersih tak berjaya. TV atau surat khabar Utusan Meloya. Atau daripada mulut pemimpin UMNO terutamanya Najib?

Kerjayaan bukannya boleh diperolehi dengan mudah. Perlukan pengorbanan.

Dah pupus binatang ini baru tahu haram



Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek kata Majlis Fatwa Kebangsaan. Lambat benar Majlis Fatwa. Cicak ini dah pupus diburu oleh pencari 'harta karun' untuk kekayaan mudah.

Kopi tahi musang pun belum lagi di fatwakan. Tapi kalau pergi demo BERSIH haram haram terus sahaja ada 'fatwa-fatwa' lunak kerajaan...

Ini rupa Mahathir jadi bisu dan kelu dalam isu BERSIH 2.0


Marina anak Mahathir menulis dalam blognya "Jadi saya pergi"

"Saya telah mengatakan bahawa sebelum ini saya rasa ragu-ragu, terutama selepas membaca tentang tentera melakukan latihan dengan FRU. Mungkinkah kerajaan serius akan mempertimbangkan untuk menembak rakyatnya sendiri? Siapa tahu? Banyak yang saya fikirkan. Memikirkan ramai anak muda yang saya tahu mempunyai niat berterusan untuk pergi, termasuk anak perempuan saya. Adakah saya dapat memaafkan diri saya jika sesuatu berlaku kepada mereka?"




Ahad, 10 Julai 2011

Kenapa polis tak benarkan laporan post-mortem dikeluarkan?

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Sabtu, 9 Julai 2011

Motorsikal bocengan Mat Sabu dilanggar polis sebelum beliau ditangkap

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini.

Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini.


Ketua Polis Negara Menipu!!


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.

"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Presiden PAS dibebaskan. Takut terkencing juga Hishamudin

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.
Selain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain.


PAS Mahu Pemimpin Dibebaskan Dalam Tempoh 24 Jam


KUALA LUMPUR: PAS memberi tempoh selama 24 jam kepada kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membebaskan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama lain, kata ‎​Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Awas Propaganda Polis di TV malam ini


Anwar Ibrahim di cederakan di kepala dan lututnya luka dan terpaksa ke hospital. Sebahagian peserta perhimpunan Aman dikasari oleh pihak polis. A. Samad Said menyebut dan melihat bagaimana wanita di tolak hingga jatuh.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditangkap

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang. Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Fuziah Salleh kena tangkap Nurul Izzah berjaya lepas diri

Lima Ahli Parlimen dipercayai sudah ditahan sehingga 1 tengah hari.

Dua Ahli Parlimen yang turut ditahan ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh. Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR.

Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral.


Mohamad Sabu dipercayai telah tingkap

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.


1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

Azmin Ali telah ditangkap

1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.
1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.


1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.



Presiden PAS, Abdul Hadi kata kita rempuh ibarat seperti air

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, tindakan menyekat perjuangan menegakkan Islam akan berhadapan dengan rempuhan.

Beliau menyifatkan ianya umpama gerakan air yang semakin ditahan, ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.

Ingatan ini dikeluarkan beliau menjelang perhimpunan Bersih di ibu negara petang ini yang kini berhadapan dengan sekatan umpama perang dari pihak kerajaan BN.

Seluruh Kuala Lumpur dikepung dan bilik-bilik hotel dan tempat tinggal digeledah umpama mencari pesalah besar yang sedang mahu menghancurkan negara.


Salahuddin, Mahfuz & 441 telah ditangkap

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

NONESebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Ibrahim Ali masih tidur dgn bini. Khairy entah mana?

Kronologi Perhimpunan Patriot

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi suasana menjelang perhimpunan patriot yang disertai Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia di Jalan Bukit Bintang menuju ke Stadium Merdeka pada pukul 10 pagi, Sabtu.

10.30 pagi: Kedai di sekitar Jalan Bukit Bintang beroperasi seperti biasa. Hampir semua kedai dibuka pada pukul 10 pagi. Orang ramai dan pelancong asing menikmati sarapan pagi di restoran berdekatan. Keadaan masih lagi terkawal.

9.40 pagi: Media dimaklumkan oleh ahli Pemuda Umno bahawa perarakan ditangguhkan ke 12.30 tengah hari.



Terkini - Mohamad Sabu lepas sekatan rejim Isreal!!

Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, atau lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” (gambar) dilaporkan sekarang, berada di Kuala Lumpur, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar.

“Sudah ada di Kuala Lumpur, itu sahaja... " jawabnya ringkas.

Jawapan sama turut diberikan Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. “Dalam Kuala Lumpur, di mana sahaja,” jawabnya.


Weblog Ibnu Hasyim telah menemui beberapa pemimpin Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor di beberapa hotel di Kuala Lumpur malam tadi dan sehari sebelumnya. "Kami sengaja datang awal untuk mengelakkan dari sekatan polis.: Kata mereka.


Barua geledah hotel. Kenapa hotel pelacur di KL tak digeladah?

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pihak polis bertindak menggeledah bilik beberapa hotel di ibu negara tengah malam tadi untuk mencari beberapa pemimpin Bersih khususnya 91 nama yang dilarang memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan, polis menyemak bilik hotel yang didaftar atas nama individu berkenaan sebelum menggeledah.

Polis juga didakwa memburu mereka yang lain di semua tempat khususnya di tempat perkumpulan peserta himpunan Bersih.


Polis makin barua!!

Oleh Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Provokasi yang dilakukan oleh pihak polis ternyata makin melampau apabila ayah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) turut dijadikan alat untuk menghalang Ketua DPPP menyertai himpunan Bersih 2.0 esok.

Ketua DPPP, Nasruddin Hassan Tantawi ketika mendedahkan perkara itu berkata, ayahnya ditahan oleh pihak polis selama beberapa jam bagi tujuan itu.

Menurut beliau, ayahnya telah ditahan oleh polis yang datang mengambilnya di rumahnya sekitar jam 9 pagi tadi, tetapi dibebaskan sebelum solat Jumaat.


Jumaat, 8 Julai 2011

Tun Razak kalau masih hidup mesti sebak lihat perangai Najib dibuli bini!

MARAN 7 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebak ketika menyampaikan ucapan pada majlis mengenang Tokoh Negarawan, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang di sini, hari ini.

Beliau yang berucap kira-kira 20 minit dilihat menahan sebak sejak awal lagi ketika menyampaikan ucapannya.

Majlis itu dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan ayahandanya yang ketika itu menjadi Perdana Menteri kedua negara.


Isreal nak tutup laluan masuk ke KL malam ini, jadi Palestinelah kita!!

Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup atau dilencongkan bermula tengah malam ini, dalam usaha polis cuba menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan di Stadium Merdeka, esok.

Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno juga berkata mereka akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

azlan















































Pakatan Rakyat dan Bersih tidak takut pada ugutan anjing UMNO

Di sebalik larangan polis ke atas 91 individu berada di Kuala Lumpur, pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap turun bersama orang ramai yang akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, “Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri”.

Semalam, polis mengeluarkan senarai beberapa individu yang dilarang memasuki ibu negara termasuk Anwar, Mursiyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan antara 91 individu berkenaan, mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok.

Boleh percaya cakap Hishammuddin Hussein yang selalu bohong?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok.

azlan"Kelulusan boleh diperoleh segera," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata, polis bertindak adil dalam membuat keputusan dan juga menolak permohonan daripada Pemuda Umno dan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan esok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites