Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Ahad, 15 Januari 2012

Habis ahli PAS Gombak... Dah jadi UMNO??

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Seramai 102 ahli Pas Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini semalam.

Jais berkata, selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.


"Kami tak percaya dengan Pas dan kami yakin hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat,” katanya pada majlis pengisytiharan anggota Pas Kerdas menyertai UMNO dan ikrar menyokong Barisan Nasional.

Jais, yang juga Ketua Zon Pas Taman Kamariah Gombak, berkata, keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, walaupun dipujuk oleh Pas supaya terus kekal bersama parti itu, namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai UMNO malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. – BERNAMA

PenorehGetah - Ini semua penyedap cerita, nak panaskan lagi isu Dr Hassan Ali. Mohd Jais Ismail tu entah-entah ahli UMNO yang saja bermuka dengan kerajaan Pakatan Rakyat? Dr Hassan Ali pun tak sudi menyeratai UMNO, takkan pengikut yang tak setuju dengan PAS lebih kuah daripada sudu. Nampak sangat tak kena cerita Bernama ini.

0 ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites