GUA MUSANG: Pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dengan seterunya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lepas disifatkan mempunyai motif politik
tertentu.
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah
berkata pertemuan itu mungkin helah politik Dr Mahathir bagi menarik
sokongan rakyat terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru
didaftarkan, selain cuba menjalin kerjasama dengan parti pembangkang
lain.
"Mesti ada sesuatu (pertemuan Dr Mahathir dengan Anwar).
Dr Mahathir selalu buat kejutan, tetapi saya percaya pertemuan tersebut
hanya demi kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Gua Musang di
Bukit Chekati di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO
Bahagian Gua Musang Datuk Nozula Mat Diah, Naib Ketua UMNO Bahagian Gua
Musang Ab Aziz Yusoff, Ketua Wanita UMNO Bahagian Gua Musang Datuk Wan
Hazani Wan Mohd Nor dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Gua Musang Syeikh
Razali Syeikh Hamad.
Isnin lepas, Dr Mahathir dan Anwar bertemu
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semasa bekas ketua pembangkang itu
memfailkan saman untuk menghentikan operasi Akta Majlis Keselamatan
Negara (MKN) atas alasan ia tidak berperlembagaan.
Dr Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 sebelum memecatnya daripada UMNO.
Sementara itu, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua
Musang dalam ucapan penangguhan persidangan itu, mengumumkan untuk
menarik balik hasratnya bersara daripada pentas politik dan menjadi
wakil rakyat.
Beliau berkata keputusan itu diambil selepas
persidangan itu meluluskan usul supaya beliau kekal menerajui UMNO
Bahagian Gua Musang dan menjadi calon bagi mempertahankan kerusi
Parlimen Gua Musang.
Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh
turut mengingatkan anggota UMNO bahagian itu supaya tidak memandang
rendah keupayaan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan
datang.
Jangan biarkan anak-anak anda menjadi pengemis di Hari Raya
-
Bila tiba waktu Hari Raya, ramai dikalangan kita menukar wang semata-mata
untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ada yang telah menjadi satu amalan
tetap ber...
11 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan