Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Selasa, 12 Julai 2011

Saya rasa polis telah melakukan sebaik yang mereka boleh - Pak Lah


Pak Lah kata begini pada media selepas merasmikan Forum Perlancongan Dunia Islam di Kuala Lumpur pagi tadi selepas melihat gambar menantunya dalam fb, twitter dan blog. Lagipun anaknya pun cakap Parfum yang dipakai abang Kahiry masih lagi berbau.. tak ada pun bau gas!!

# Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau memang ada berjumpa dengan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, bagi mengingatkannya bahawa Yang di-Pertuan Agong telah membuat kenyataan penting dan beliau mesti mematuhinya.

macc official launch 240209 abdullah badawiKata Abdullah beliau telah mendapat bantuan seorang rakan untuk mengadakan perjumpaan itu dengan Ambiga.

"Saya mahu berjumpa dia kerana saya mahu mengingatkan dia yang Agong telah membuat satu kenyataan penting berkenaan isu ini, dan dia sebagai seorang rakyat Malaysia mesti mematuhi perkara itu.

"Saya turut meluahkan pandangan saya bahawa mereka tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan tersebut kerana ia akan menyebabkan banyak masalah. Saya tidak berjumpa dia semenjak itu (dan) tidak berkata apa-apa lagi," katanya.

Abdullah bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Forum Perlancongan Dunia Islam di Kuala Lumpur pagi ini.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageKetika diminta mengulas dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, Abdullah mempertahankan polis dan berkata keadaan sukar untuk polis semasa perhimpunan itu.

"Kerana keadaan, disebabkan oleh tekanan dan kebimbangan di kalangan rakyat sesuatu yang buruk mungkin berlaku, saya rasa polis telah melakukan sebaik yang mereka boleh.

"Ini tidak mudah, namun mereka berjaya memastikan perhimpunan itu tidak sampai menjadi keadaan yang boleh menyebabkan bencana.”

Bagaimanapun, Abdullah mengakui bahawa kerajaan mungkin akan berdepan dengan beberapa kesan buruk akibat perhimpunan berkenaan.

funeral baharudin bersih protesterTambahnya, beliau yakin kerajaan akan melaksanakan sebahagian daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) jika tuntutan mereka menjadi kepentingan orang ramai.

"Kerajaan kita sensitif. Jika sesuatu boleh dilakukan untuk kebaikan, kenapa tidak? Mereka (kerajaan) akan lakukannya,” katanya.

Pergerakan BERSIH 2.0 diterajui 62 NGO dengan tujuah mengadakan satu perhimpunan sebelum petisyen mereka kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Petisyen itu akan mengusulkan beberapa permintaan. Antaranya:
  • azlanPendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya
- Malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites