Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam DAP memudahkan saya bercakap mengenai kepentingan orang Melayu yang tidak berani disuarakan oleh ahli UMNO. Jika Cina DAP tidak menyuarakan kepentingan Melayu, itu tidak jadi masaalah kepada saya selagi saya sendiri boleh melakukan nya. Apa yang diharap pada bangsa lain untuk menyuarakan kepentingan Melayu? Yang orang UMNO sibuk hendak paksa cina bercakap dan menjuarai Melayu mengapa?
Kita lah yang bertanggungjawab atas masa depan bangsa kita. Dan bila saya sebut ‘kita’ tidaklah bermakna , Melayu itu mesti Melayu dalam UMNO. Orang Melayu dalam PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal2 kepentingan bangsa Melayu.
Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang mengaku menjuarai bansga Melayu mengkhianati kepentingan bangsa mereka sendiri. Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang menggunaknan nama bangsa Melayu untuk kepentingan peribadi. Ini kita tak terima.
Najib sebagai pemimpin terrtingi UMNO memperlihatkan betapa lemah nya dia dalam menjaga kepentingan Melayu. Dalam masa pentadbiran PM yang dulu2- MIC hanya diperuntukkan satu kerusi menteri. Yang lain hanya layak jadi timbalan menteri. Sudah parti tersebut minority, tapi Najib memberi mereka tempat prominent dalam cabinet. Berapa orang India mesti dihadirkan dalam pentadbiran negara?
Mana ada wanita UMNO jadi menteri penuh? Najib meletakkan wanita dari Sarawak jadi Menteri Penuh yang tak tahu latar belakang di Semanjung. Apa sudah jadi dengan Najib?
Ada orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pimpinan UMNO? Ada yang sanggup mendedahkan soal kemiskinan dikalangan orang Melayu? Ada orang UMNO berani mendedahkan keperitan hidup orang Melayu? Jika tak berani, ketepi- saya boleh buat demikian. Saya boleh bercakap dan bersuara untuk bangsa saya dimana orang UMNO bacul dan tak berani.
Dari segi perjuagan UMNO sudah banyak menyimpang. Pimpinan nya mementingkan diri sendiri. Asset orang Melayu seperti tanah, hartabenda, saham tidak dijaga malah dibaham oleh pimpinan UMNO. Saham RM54billion yang diperuntukkan dibawah DEB habis dijual oleh golongan elit Melayu untuk mengayakan diri mereka. Pimpinan UMNO tak pandai mengurus asset bagi pihak orang Melayu. Tanah reseb Melayu tinggal sebahagian kecil dari yang asal dan tidak di ganti. GLC banyak yang rugi walaupun dikendalikan oleh orang Melayu. GLC rugi tapi pimpinan GLC kaya raya.
PNB misalnya mahu membina menara dan bangunan yang tinggi menelan belanja berbilion Ringgit. Perlukah PNB kepada bangunan baru? kalau berbilion Ringgit itu diagihkan dalam bentuk dividend bukan kah itu lebih baik untuk orang Melayu?
Komitment dan dedikasi pada perlaksanaan dasar2 yang menguatkan orang Melayu tidak mengiringi deklarasi dan pengucapan. Pimpinan UMNO lebih mengutamakan jeritan dan pekikan slogan daripada memberi isian kepada pengucapan. Najib terutama nya, lebih menyerlah pada segi melaungkan itu dan ini, tapi laungan tersebut tidak berisi.
Menjelang Perhumpian Agung UMNO pada bulan Disember ini, pelbagai spekulasi telah dibuat. Adakah Najib akan dicabar? Jawapan rengkas nya, ya dia akan dicabar. Pencabar nya ialah Muhyidin Yassin. Walaupin Muhyidin dilaourkan sebagai berasa letih untuk berlawan, dia tidak ada pilihan lain. Jika dia tidak mencabar, dia akan di pinggirkan sedikit demi sedikit. Bukan rahsia lagi, Najib membarisi tenaga2 untuk mengepung dan mengekang Muhyidin. Jika Muhyidin tidak berbuat sesuatu, masa depan nya akan gelap dan masa depan UMNO sebagai sumber pengharapan orang Melayu pun akan muram.
Ketika Pak Lah hanya memenangi 140 kerusi parlimen tapi undi popular nya 51%, Muhyidin mengepalai gerakan untu mengusir Pak lah. Akhirnya Pak Lah terpaksa berhenti jadi presiden UMNO dan PM. Menantu nya tinggal dalam kegelapan manakala pimpinan setara dengan KJ mendapat tempat dalam pentadbiran negara.
Jika Muhyidin tidak menggesa Najib berhenti, maka dia akan dilihat sebagai tidak konsisten. Ternayata Najib gagal dalam banyak hal. Twitter nya dan blog nya tidak akan dapat menyembunyikan kekosongan dalam diri Najib. Dia hanya lebih dari segi bentuk, tapi kurang dalam segi isi.
Dia gagal bila berjaya mendapat hanya 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak lah 140 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding Pak Lah dengan undi popular 51%. Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi parlimen berbanding dengan dibawah Pak lah dimana MCA menang 15 kerusi.
Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama kali di Negeri Pahang, ada 12 ADUN pembangkang dalam dewan undangan negeri.
ETP, GTP nya lebih indah khabar dari rupa. Dari jauh kelihatan jelita, bila dekat mendukacitakan. Itu kita bincang dibahagian lain.
sakmongkol AK47
http://sakmongkol.blogspot.com
1 ulasan:
Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.
tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di singapore, tidak ada ongkos pulang, terus beliau bantu kasih angka 8924 setelah saya bantu mahar 8 juta.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapidengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan januari, ternyata meledak….!!!
dapat BLT 750jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI JEYAPATI, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat aki,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik aki.HUBUNGI AKI JEYAPTI DI NO INI 0852-4228-0055. KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI
Catat Ulasan