Kalaulah disuruh pilih sebuah parti yang dikatakan
stabil, ahli-ahlinya berdisiplin dan berakhlak, sudah pasti pilihan tadi adalah
PAS. Parti yang memperjuangkan Islam sejak sebe,um Merdeka ini lagi dikenali
samada oleh kawan atau lawan sebagai sebuah parti orang baik-baik, keranan
bukankah sepatutnya begitu lantaran yang diperjuangkan parti ini adalah
Islam.
Parti ini
bermula dari sekecil-kecil gerakan, yang dipandang rendah dan lekeh, dijangka
tidak panjang usianya kerana kurang diyakini dapat menambat minat dan sokongan
rakyat berbandin Umno yang seakan usianya.Tetapi lantaran istiqomah ahli-ahli dan pimpinannya yang didokong kuat oleh para ulamak PAS kekal dipersada politik tanahair sehinggalah ke hari ini. Malah kalau dikira usianya menjangkau Umno, kerana Umno dikira mati dan hidup semula akibat diharamkan Mahkamah satu ketika dahulu.
PAS jatuh dan bangun dalam politik Malaysia tetapi
tetap tegap berdiri malah hari ini merupakan salah sebuah parti politik yang
terbesar keahliannya dan paling tersusun
organisasinya.
Walaubagaimanapun seperti parti-parti lain PAS
tidak sunyi dari berbagai cabaran, dugaan dan krisis. Presidennya pernah
meninggalkan parti, ada wakil rakyatnya yang pernah melompat meninggalkan parti,
Presidennya ditahan ISA dikenakan tindakan sehingga tidak layak bertanding, namu
PAS terus relevan bukan kerana kehebatan individu, bukan kerana kekuatan
kewangan, tetapi PAS kekal bernafas saya yakin kerana ia tetap berpegang kepada
Islam sebagai prinsip dan dasar perjuangan.
Jika ada usaha untuk membawa PAS keluar atau
melonggarkan prinsip dan dasarnya itu, jangankan pimpinan, ahli-ahli PAS yang
berkorban bermati-matian dan sentiasa istiqomah itu pasti akan bangkit dan
memperbetulkan kembali keadaan.
Saya membangkitkan hal ini kerana melihat seakan
ada atu arus atau gerakan untuk menggugat kestabilan dalam PAS sedang membara
kebelakangan ini lebih-lebih lagi memandangkan parti itu akan menghadapi proses
pemilihan dalam parti tidak berapa lama lagi.
Pemimpin naik dan pemimpin turun melalui proses
pemilihan adalah satu perkara biasa termasuklah dalam PAS. Tetapi yamg menjadi
luar biasa adalah apabila parti Islam ini turut melalui proses kempen
memburuk-buruk dan menjatuhkan individu dan kumpulan tertentu melalui fitnah,
tohmahan dan adu-domba. Proses seumpama ini tidak boleh ada di dalam PAS kerana
ianya jelas bertentangan dengan prinsip dan dasar
perjuangannya.
Satu
artikel dalam sebuah portal berita hari ini bagi saya adalah permulaan proses
kotor ini dan perlu di bendung dan diberi perhatian oleh ahli-ahli. Di bawah
tajuk:
Another son in law rises this time in
PAS
Atau dalam Bahasa
Melayu nya:
Kebangkitan pengaruh menantu kali ini dalam
PAS
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kebangkitan-pengaruh-menantu-kali-ini-dalam-pas
cuba memberikan gambaran buruk secara spesifik
kepada pemimpin nombor satu PAS iaitu Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Kononnya PAS kini diganggu oleh pengaruh menantu Tuan Guru dan cuba
menyamakannya dengan Khairy Jamaluddin ketika Dollah Badawi Presden Umno satu
ketika dahulu.
Dan
dalam ruangan komen artikel berbahasa Inggeris itu dimuatkan komen
berikut:
Hadi and this son-in-law are selfish people, always
thinking about themselves and always thinking that they are right. Of course
they are wrong! These kind are not what Malaysia needs. The Rakyat must always
be careful of them - they do not have a Malaysian agenda but rather they own
inward, selfish agenda.
(Hadi dan menantunya mementingkan diri sendiri,
sentiasa memikirkan tentang diri mereka sahaja yang betul. Tetapi mereka
sebenarnya salah! Orang seumpamam ini tidak diperlukan oleh Negara (Malaysia).
Rakyat mesti berhati-hati dengan mereka, mereka tiada agenda Malaysia sebaliknya
hanya mementingkan agenda peribadi mereka.)
Bukannya saya taksub atau fanatik pada Tuan Guru
tetapi apabila dihamburkan fitnah dan tuduhan melulu ke atas seorang tokoh yang
telah banyak menyumbang ke arah kebangkitkan semula PAS sejak awal 80an lagi
(sedang ketika itu ada diantara pimpinan PAS hari ini tak kenal pun PAS lagi),
saya merasakan ahli-ahli PAS yang istiqomah dan cintakan dasar dan perjuangan
parti perlu bangkit mempertahankan yang hak.
Cegah unsur-unsur sekular yang mengizinkan politik
adu-domba dan fitnah dari meresap ke dalam parti dan
merosakkannya.
Rakyat mahu kepada PAS lantaran ia konsisten dalam
memperjuangkan Islam, jangan sampai rakyat lihat tiada beza antara kita dengan
yang lain.
Semoga
Allah swt terus mempertahankan PAS dan pemimpinnya yang
ikhlas.Roslan SMS
http://n32.blogspot.com