Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Sabtu, 9 Julai 2011

Motorsikal bocengan Mat Sabu dilanggar polis sebelum beliau ditangkap

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini.

Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini.


Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, merupakan antara pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat yang ditahan hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Mat Sabu (Mohamad) mengenai cara mengejutkan beliau ditahan. Beliau membonceng motosikal ketika menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau.

“Motosikal itu jatuh. Lutut kanan beliau cedera teruk. Meskipun tidak patah, tetapi tidak boleh berjalan. (Malah) tidak boleh berdiri tanpa sokongan,” katanya dalam e-mel yang dihantar kepada rakan-rakannya di PKR petang ini.

Sivarasa juga berkata beliau merasakan Mohamad perlu dibawa ke hospital, bukannya diletakkan di lokap.

“Beliau pada awalnya dibawa ke sana (hospital), tetapi telah dibawa semula ke (balai polis) Jinjang,” katanya lagi.

Selain Sivarasa dan Mohamad, The Malaysian Insider difahamkan turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham.

Sivarasa menambah, “hampir pasti (semua yang ditahan) akan bermalam (di lokap). Kemungkinan reman susulan esok.”

Sumber MalaysianInsider

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites