Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Ahad, 19 Jun 2011

Utusan dakwa Nik Aziz lebih teruk dari Ayah Pin

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu.

Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa “lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.”

“Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?” kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.

Kelmarin, PAS melancarkan kempen Boikot Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan Rabu lalu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

“Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu,” katanya.

Awang Selamat menambah Nik Aziz telah mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

“Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina.

“Awang hanya senyum. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia,” tambah Awang Selamat.

Kata Awang Selamat, strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur dan “rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian.”

“Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan PAS dalam manifesto pilihan raya umum hanya gimik.

“Awang tidak terkejut dengan tindakan Mursyidul Am PAS itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya,” katanya.

Awang Selamat menulis dia hanya hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan 15 Jun lalu dianggap menghina Islam sedangkan ia hanya menyindir pemimpin PAS kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak perlu untuk Awang mempertahankan karikatur itu kerana sudah banyak pihak tampil memberikan gambaran sebenar terutama dalzam laman blog,” katanya lagi

Penoreh Getah - Celako Awang Selamat!!

0 ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites