Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Daripada merajuk dengan Najib, kini...

Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan...

Penyokong Mursi dibedil...

Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur. ....

Kekal lah PAS sebagai parti yang berakhlak..

Kalaulah disuruh pilih sebuah parti yang dikatakan stabil, ahli-ahlinya berdisiplin dan berakhlak, sudah pasti pilihan tadi adalah PAS.....

Orang Melayu jangan menaruh harapan yang tinggi..

Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam.....

Apa dah jadi dengan Pusat Kebudayaan?

Orang sering memperkatakan mengenai pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebuah perbadanan ditubuh untuk tujuan...

Rabu, 5 September 2012

Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib

Oleh PenorehGetah

Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor di percayai dicipta sebahagian daripada kumpulan pemikir Muhyiddin sendiri menurut maklumat dalam di Johor.

Tujuan asas mereka cipta poster ini kononnya sebagai satu serangan saraf oleh PAS Johor bagi menawan Johor tetapi adalah "reverse psiko" untuk menjadikan isu bagi memberikan tekanan kepada DS Najib Razak yang akhir ini dilihat sebagai tidak mencapai hasrat dan cita-cita UMNO dan Barisan Nasional untuk menguasai dua pertiga dalam PRU-13 nanti.

Mereka bukan sahaja menunggu reaksi daripada pihak UMNO dan DS Najib tetapi menunggu reaksi daripada pihak Pakatan Rakyat sekurang-kurang perkara ini menjadi perbahasan di media. Sasaran awal adalah untuk media internet.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

NONEImej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Mereka menggunakan sarapang dua mata. Dengan wujudnya poster ini, rakyat Johor akan marahkan PAS atau Pakatan Rakyat kerana buat kerja jahat cuba mecah belahkan UMNO dan dalam masa yang sama mereka juga menekan kepimpinan DS Najib Razak.

Tindakan UMNO Johor membawa kepada pihak POolis sebenarnya sudah menunjukkan perancangan Pemikir Team Muhyiddin telah berjaya menengahkan isu ini untuk perbincangan umum sekurang-kurangnya memberikan 'pressure' kepada
DS Najib.

Isnin, 20 Ogos 2012

MB Selangor lancar bas khas kempen PRU13

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.

"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama Perbadanan

Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri. Bernama

Sabtu, 4 Ogos 2012

Bekas Ketua Hakim Negara Sedia Bantu Rafizi.

Dari maklumat terkini, Rafizi Ramli malam tadi telah dihubungi oleh Bekas ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas yang menyatakan hasrat peribadinya untuk membantu Rafizi dalam menangani kes penangkapan "bergari" melibatkan pendedahan Rafizi tentang Salah guna Dana lembu yang telah digunakan untuk "beri lembu tinggal dalam kondo".
Penganiayaan terhadap "lembu-lembu yang dipaksa tinggal didalam kondo" itu mencetus fenomena "lembu merah" yangs sangat menakutkan KERAjaan sehingga Sharizat berhenti dari jadi menteri.
Rafizi minggu ini telah ditangkap polis kerana membongkar wabak "lembu merah" yang dikuatiri akan membawa kepada berkuburnya umno tidak lama lagi.

Ini akan membuatkan Najib dan Shahrizat makin gelisah!

Jumaat, 30 Mac 2012

Petrol RON95 akan naik jika BN memang PRU ke-13

KEADILAN menjangkakan harga petrol RON95, diesel dan gas cecair (LPG) akan naik dalam masa terdekat atau setidak-tidaknya selepas pilihanraya umum ke-13.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu berdasarkan tindakan kerajaan menarik peruntukan subsidi bahan api untuk disalurkan kepada peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Jawapan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 13 Mac lalu dengan terang mengatakan bahawa sejumlah RM 1.92 bilion diambil daripada butiran 20, 500 B 11. Ia disahkan dan jawapan (Hansard) Perdana Menteri ada ditangan saya.

“Tekanan kepada kekurangan peruntukan subsidi ini menyebabkan kenaikan harga RON95, LPG dan diesel tidak dapat dibendung lagi dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam berlaku pertikaian apabila Azan membangkit isu peruntukan bahan api yang digunakan untuk BR1M semasa penggulungan jawapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai isu tambahan subsidi 10 sen kepada harga minyak.

Selepas pertikaian itu, Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) mencadangkan kepada Speaker agar Azan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kononnya kerana mengemukakan fakta mengelirukan Dewan Rakyat.

Azan kemudiannya tampil dengan bukti (Hansard Parlimen) yang terkandung jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 13 Mac lalu.

Azan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, sekiranya kerajaan memberikan subsidi 10 sen bagi mengekalkan harga RON95, bermakna kerajaan memerlukan belanjawan tambahan yang diperuntukkan kepada subsidi bahan api.

Namun setelah dirujuk kepada belanjawan tambahan yang akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat pada minggu ini, tidak ada peruntukan tambahan bagi menggantikan peruntukan subsidi yang dikurangkan.

“Kita khuatir sekiranya tidak ada gantian peruntukan ini maka ia akan menjejaskan RON95, LPG dan diesel. (Harga minyak) akan meningkat dalam masa terdekat atau memberi kesan selepas PRU. Kerajaan perlu memberi penjelasan berkenaan isu ini,” katanya.

Dalam perbahasan semalam juga, Azan berkata wujud kekeliruan mengenai jumlah sebenar subsidi yang diperuntkan pada 2011.

“Kementerian dan Ahli Parlimen kerajaan mengatakan perbelanjaan tidak melebihi RM20 bilion tetapi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 jumlah keseluruhan RM33.2 bilion,” katanya.

Selasa, 14 Februari 2012

Jangan persoal pendirian Pas

KUALA LUMPUR – Pas meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak mempolemikkan isu sambutan Hari Kekasih kerana apa yang ditentang Pas, bertepatan dengan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, Karpal tidak perlu mempersoalkan pendirian Pas kerana mereka tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada meraikannya.
“Pemuda Pas konsisten dalam menegaskan isu ini kerana ia bukanlah ajaran Islam, tetapi kita tidak larang orang bukan Islam menyambutnya.
“Apa yang menjadi fokus adalah umat Islam terutamanya generasi muda. Orang Islam punya cara tersendiri meraikan kasih sayang antara suami isteri dan kekasih. Tidak perlu ada hari tertentu untuk meraikannya,” katanya di Ibu Pejabat Pas, semalam.
Katanya, sebagai parti memperjuangkan Islam, pihaknya bertanggungjawab menentang sambutan itu terhadap umat Islam.
Pendirian itu turut disokong oleh Timbalan Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahad lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukanlah satu pendirian yang baik.
Beliau berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Pas yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Beliau juga menggesa Pas menarik balik pendirian tersebut sebelum 14 Februari.
Menurut Nasrudin, Pemuda Pas sentiasa menghormati hak orang lain dan mereka tidak akan campur tangan dalam urusan agama lain, sebaliknya mereka menegur sikap golongan muda Islam yang meraikan sambutan Hari Kekasih.
“Jika Karpal mahu bercakap soal hak asasi dan hak individu dalam meraikan sesuatu sambutan, maka beliau juga perlu menghormati umat Islam yang terikat dengan tatacara digariskan dalam Islam. Itu yang kita tegaskan dan Karpal perlu memahami perkara ini,” katanya.
Katanya, Majlis Fatwa jelas menyatakan umat Islam dilarang meraikan sambutan Hari Kekasih itu kerana ia bukan daripada ajaran Islam.

Israel: Nik Aziz gesa Anwar tarik balik kenyaatan

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menggesa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Nik Abdul Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.


Khamis, 26 Januari 2012

Calon pilihan raya Gabenor Aceh jalani ujian bacaan Al-Quran

Jika ini dilakukan untuk menjadi calon pilihan raya untuk orang-orang Islam agaknya berapa orang UMNO yang boleh jadi calon? Kak Rosmah saya pasti boleh jadi calon dalam bab Ngaji.. Tapi bab tutup aurat fail, 0 per 100.
JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata.


Rabu, 18 Januari 2012

Orang kuat Mahathir menyerang dan mempertikaikan Najib

Oleh Lee Wei Lian

PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.


Ahad, 15 Januari 2012

Nik Aziz ditawar sertai Pakatan Umno-BN

Oleh ARHIZA AHMAD
ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada wakil daripada Umno pernah berjumpa dengannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu bagi mengadakan perundingan menyertai Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008, lima kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang yang kemudiannya menubuhkan perikatan Pakatan Rakyat secara formal.

Malah, ekoran keputusan itu wujud usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno, dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.


Hassan Ali Tidak Akan Merayu???

Oleh SYAIRI SHAARI

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.


Habis ahli PAS Gombak... Dah jadi UMNO??

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Seramai 102 ahli Pas Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini semalam.

Jais berkata, selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.


Jumaat, 13 Januari 2012

Satu lagi kejayaan Najib yang boleh dibanggakan

NEW DELHI: Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.
"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. - BERNAMA

Penoreh Getah - Ni satu lagi kebaikan kondom he he, Gary Ashbrook ditemukan mati tanpa pakaian di dalam biliknya, dan kepalanya dipakaikan kondom hingga menutupi wajahnya. Hasil penyelidikan menyebutkan, nyawa lelaki berusia 31 tahun ini melayang kerana memakai kondom di kepalanya.

Young melihat perkara aneh itu semacam sadomasokis, kecenderungan tidak normal untuk mendapatkan kenikmatan seksual. "Saya yakin apa yang terjadi adalah kemalangan. Saya yakin dia tidak bunuh diri, melainkan hanya melakukan idea gilanya.

Amizudin Sharpshooter menghilang diri?

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan prosiding menghina mahkamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana Amizudin telah 'menghilangkan diri'.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, berkata keadaan tersebut menyebabkan beliau gagal menyerahkan dokumen prosiding menghina mahkamah dan pihaknya telah berusaha menyerahkan dokumen itu sebanyak tujuh kali

bermula 25 November hingga 7 Disember tahun lalu. Muhammad Shafee berkata pada 11 Januari lalu, pihaknya cuba mengambil peluang untuk berjumpa Amizudin yang menghadirkan diri untuk pendengaran kes rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya tetapi ia gagal kerana Amizudin sekali lagi menghilangkan diri.


Berikutan keadaan itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan 2 Februari ini untuk perbicaraan menghina mahkamah terhadap Amizudin.

Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Rais untuk memulakan prosiding menghina mahkamah kerana penulis blog berkenaan telah melanggar sebahagian perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam blognya.

Perintah yang dikeluarkan Hakim Zabariah itu ialah susulan daripada keputusan saman fitnah pada 19 Julai tahun lalu yang difailkan Rais terhadap Amizudin.
Rais memenangi saman berkenaan dan Amizudin diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada menteri itu.

Hakim Zabariah turut memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 31 Januari 2011, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember 2010.

Dalam samannya itu, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya dilaporkan telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu. - BERNAMA

JKKK UMNO lebih kaya daripada Exco paling kaya P. Pinang

Oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.

Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund.

Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus.

“Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

“Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang,” katanya kepada media semalam.

Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000.

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000.

Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan.

Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000.

Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000.

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh.

Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC.

Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.

Najib sahkan skim gaji baru ditangguh

Oleh G MANIMARAN, NURUL NADIA dan ARHIZA AHMAD

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan memetik sumber-sumber berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguan semalam telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.

Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Ketika dihubungi awal hari ini, pimpinan Cuepacs juga mengesahkan pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan sementara perundingan diadakan dengan mereka.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata Presidennya Datuk Omar Osman turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengenai penangguhan SBPA.

"Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.

Sementara SBPA disemak semula, dalam kenyataannya Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.
Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.

Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites