KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan, pihaknya tidak patut dipersalahkan atas keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan secara rasmi semalam.
Keputusan penangguhan dibuat oleh Kabinet dalam mesyuarat mingguannya kelmarin.
Lewat petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan SBPA akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.
Dalam laporan eksklusif semalam, Sinar Harian Online memetik sumber-sumber berkata, Kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
Mengulas isu ini, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, dari awal lagi pihaknya tidak terlibat dalam perancangan dan perbincangan mengenai SPBA.
Malah katanya, Cuepacs telah cuba membantah pelaksanaan SBPA kerana sudah menyedari implikasinya, seperti yang disaksikan sekarang.
"Tidak boleh salahkan Cuepacs, semua mahu tumpu pada kami, kalau dulu benda baik Cuepacs buat tidak mahu tumpu, ucap terima kasih pun jarang," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di sini, malam tadi.
Cuepacs mengadakan mesyuarat khas malam tadi bagi membincangkan keputusan penangguhan SBPA.
Tegasnya, Cuepacs sudah dapat menjangkakan rasa tidak puas hati kakitangan awam akan berlaku apabila melihat ketidakseragaman perubahan gaji antara kumpulan gred 27 dan ke atas, yang mengalami kenaikan ketara antara 20 hingga 40 peratus berbanding gred-gred rendah.
Ketika mengumumkan pelaksanaan SBPA dalam ucapan Bajet 2012, Perdana Menteri berkata SBPA, yang memperkenalkan sistem gaji satu lapis, akan membawa kenaikan antara tujuh hingga 13 peratus.
"Apabila lihat skim SPBA ini, kita dapati, kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas, terdapat peratusan naik sampai 50 peratus, terlalu tinggi sedangkan kumpulan gred bawahan hanya empat peratus.
"Macam langit dan bumi. Ini memang mengundang perasan marah.
"Cuepacs tidak mahulah nanti ada yang dapat kenaikan hanya RM40 tapi gred atas sampai RM40,000... perkara ini perlu disemak semula kerana sepatutnya skim ini menceriakan penjawat awam dengan adil dan sama rata," katanya.
Omar berkata, sebelum ini Cuepacs ada diberi taklimat bagaimana skim SPBA berfungsi - dalam menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam, namun kecelaruan berlaku ketika hendak dilaksanakan mulai 1 Januari lalu.
SBPA menggantikan Sistem Saraan Malaysia berkuat kuasa 1 Januari lalu.
"Dalam taklimat kita, gred yang asal, dapat satu kenaikan, akan pindah ke gred yang baru dan akan dapat satu kenaikan lagi. Jadi apabila dicampurkan kedua-dua, inilah kenaikan yang akan diterima.
"Tapi apabila sampai ke (peringkat) jabatan, pelaksanaan itu tidak ada, hanya berlaku kenaikan satu baris di mana apabila ke gred baru gaji, kalau kata RM15, RM15 lah dapat. Ini yang mereka kata tiada kenaikan sedangkan kumpulan di atas dapat kenaikan RM1,500 hingga RM5,000. Maka berlakulah kemarahan (di kalangan kakitangan awam peringkat bawahan)," katanya lagi.
Omar berkata Cuepacs tidak menolak penangguhan SBPA, tetapi menerimanya protes.
Namun begitu, Cuepacs menghormati keputusan itu yang diumumkan oleh Najib semalam dan akan membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera.
"Kalau itu keputusan kerajaan, kami menyambut baik dan Cuepacs minta sembilan pegawai tertinggi kami berada dalam (panel) perbincangan itu kerana kami wakil 1.4 juta penjawat awam di negara ini.
"Jika diwujudkan jawatankuasa lain, kami mahu juga bersama dalam perbincangan itu supaya kami harap isu yang tidak puas hati dan berbangkit ini nak dibawa dalam jawatankuasa itu untuk satu penambahbaikan yang komprehensif berlaku adil dan saksama untu penjawat awam," katanya.
Katanya, Cuepacs akan menekankan beberapa perkara dalam penambahbaikan SBPA dan antaranya penekanan penstrukturan skim baru itu perlu dibuat keseluruhan di mana gred yang tidak terlibat serta badan-badan beruniform juga perlu dikaji semula.
"Gelaran untuk jawatan yang ditukar juga perlu disemak semula mengikut kesesuaian kerana terdapat aduan penjawat awam tidak setuju penukaran jawatan baru.
"Formula kenaikan gaji perlu yang baru supaya pindaan yang akan berlaku yang terbaik, barulah semua pihak berpuas hati.
"Kemudian, senioriti juga perlu diambil kira, kedudukan lama paling maksimum dalam jawatan juga akan diubah dan begitu juga yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih tidak dianjak," katanya lagi.
Ketika ditanya adakah JPA telah memanggil Cuepacs untuk bermesyuarat mengenai hal ini, beliau berkata, pihaknya sudah bersedia dan hanya tunggu dipanggil.
"Perkara ini masih baru dan mekanisme akan ditentukan oleh JPA dan kami akan berbincang, diaharapkan dapat diselesaikan secepat mungkin, redakan keadaan semua peringkat penjawat awam," katanya. - Sinar Harian

3 ulasan:
saya sangat menyokong presiden cuepacs dan cuepacs. apa-apa yg tidak beri seragaman itu patut dilawan. dalam salahsatu matlamat pentadbiran kerajaan ialah meningkatkan pendapatan gaji...tapi nampaknya JPA juruskan untuk golongAN MANA????tq
Betol jalilnor, gaji yang adil untuk rakyat perlu diambil kira. Kalau ditingkat jurang rakyat kemiskinan tidak akan dapat ditanggani
ADA SAPA-SAPA DAPAT KENAIKAN 61 SEN...HA..HA, TERIMA KASIH PM
Catat Ulasan