Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Daripada merajuk dengan Najib, kini...

Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan...

Penyokong Mursi dibedil...

Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur. ....

Kekal lah PAS sebagai parti yang berakhlak..

Kalaulah disuruh pilih sebuah parti yang dikatakan stabil, ahli-ahlinya berdisiplin dan berakhlak, sudah pasti pilihan tadi adalah PAS.....

Orang Melayu jangan menaruh harapan yang tinggi..

Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam.....

Apa dah jadi dengan Pusat Kebudayaan?

Orang sering memperkatakan mengenai pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebuah perbadanan ditubuh untuk tujuan...

Jumaat, 9 September 2011

British Tidak Pernah Menjajah, Hanya Membuat Lawatan Sambil Belajar Ke Tanah Melayu – Prof Kho Kho Krunch

8 September 2011 – British sebenarnya tidak pernah membuat penjajahan ke atas Tanah Melayu, sebaliknya hanya membuat lawatan sambil belajar ke Tanah Melayu, kata Profesor Kho Kho Krunch daripada Universiti of Ontahlah.

Menurut beliau, askar-askar, tentera, soldadu British yang datang ke Tanah Melayu tidak lain tidak bukan datang ke Tanah Melayu semata-mata mengikuti program lawatan sambil belajar anjuran kerajaan British pada waktu itu.

“Mereka memilih Tanah Melayu kerana sudah bosan dengan suasana hiruk-piruk kota London, Paris, New York dan sebagainya”, kata professor kajian sejarah itu lagi kepada wartawan PemudaGombak.com.

Menurut Prof Kho Kho Krunch juga, lawatan tersebut mengambil masa yang agak lama sehingga tahun 1957 barulah mereka pulang ke tanah air mereka selepas melawat seluruh bumi di Tanah Melayu.

Pada mulanya, lawatan dilakukan oleh pelancong dari Portugal pada tahun 1511 yang diketuai oleh Alfonso de’Alberque kemudian diikuti beberapa lagi pelancong daripada Britain seperti James Brooke dan JWW Birch.

“Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana tanpa kempen melawat Malaysia, sebenarnya Tanah Melayu sudah menjadi tumpuan pelancong asing semenjak dahulu lagi”, kata beliau mengakhiri interview dengan PemudaGombak.com.

Bendera Union Jack diturunkan menandakan tamatnya program lawatan sambil belajar British ke Tanah Melayu pada 1957.

--
Ikhlas dari Afyan :)

Rabu, 7 September 2011

Khairy nak cari populariti melalui Mat Sabu??

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Meskipun Mohamad Sabu enggan berdebat dengan Khairy Jamaluddin, namun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tetap mendesak Timbalan Presiden Pas tersebut supaya menyahut cabarannya.

Katanya, 'kebaculan' Mohamad atau Mat Sabu membuktikan pemimpin Pas itu hanya gemar 'mengacah' tanpa menunjukkan keikhlasan terhadap apa jua perkara terutama yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Beliau baru menerima e-mel daripada Kerajaan Pas Kelantan memaklumkan debat antara beliau dan Mat Sabu dibatalkan kerana Timbalan Presiden Pas itu enggan berdebat dengannya.

"Saya tidak mahu Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad mahupun Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat.

"Apa kurangnya saya? Saya Naib Presiden Biro Politik UMNO, saya berpengalaman berdebat dengan ramai pemimpin Pas seperti Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Khalid sebelum ini.

"Kesimpulannya, Pas sebenarnya telah panik setelah cabaran parti tersebut terhadap saya disahut dengan hati yang terbuka. Tanggapan Pas yang UMNO hanya akan berdiam diri telah tersasar jauh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Kerajaan Pas Kelantan semalam mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung isu tragedi serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong.

Namun, hari ini Mat Sabu menolak debat tersebut dan bertindak mencabar pula Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat dengannya atas alasan Timbalan Presiden UMNO itu terlalu kerap mengkritiknya berbanding Khairy setelah isu tersebut didedahkan pada 26 Ogos lalu.

Sebelum itu, Khalid dan Suhaizan turut menawarkan diri bagi menggantikan Mat Sabu untuk meneruskan perdebatan tersebut.

Jelas Khairy, strategi terkini Pas itu menggambarkan seolah-olah parti tersebut tidak mahu menegakkan 'kebenaran' yang dicanangkan mereka terutama cadangan untuk menulis semula sejarah negara ini.

Justeru, tambahnya, program Pentas Patriot bagi menghargai dan mengenang jasa wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas mempertahankan kedaulatan dan maruah negara akan tetap diteruskan.

"Saya mahu rakyat sendiri buat kesimpulan. Kita lihat siapa yang beria-ia mahu menegakkan kebenaran ataupun mahu menutup kesalahan mereka sendiri," ujarnya

Ahad, 4 September 2011

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

Oleh Mohamed Hadi al-Majwi

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.

Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis.

Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis.

Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya.

Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

- petikan Harakahdaily

Isnin, 29 Ogos 2011

Pembangunan Malay Basin Utara: Kelantan Tidak Boleh Diketepikan

Saya merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM 15 bilion.

Suka diingatkan bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yg disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 ,serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain. Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150km dan paling hampir berbanding Terengganu.

Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya.

Dalam hal ini, adalah elok Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri Kelantan supaya gas ini di daratkan di Bachok,Kelantan.

Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini.

Kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja Insyaallah supaya hasil mahsul Kelantan ini tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Salam Ramadhan dari Masjidil Haram.

Wassalam.

Dato' Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan
-Pengerusi JK Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan
-Naib Presiden PAS

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh

Salam perjuangan dari saya dan seluruh EXCO dan warga DPP Malaysia buat kalian semua sempena menyambut Aidil Fitri Mubarak 1432. Mudah - mudahan Aidil Fitri kali ini membawa kesan mendalam dan bermakna buat perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah di atas
tanahair tercinta ini.

Aidil Fitri adalah mercu kemenangan ummat Islam sepanjang zaman. Aidil Fitri adalah lambang perjuangan ummat Islam syirik dan kezaliman. Aidil Fitri adalah tanda kesatuan ummah berasaskan kalimah Tauhid yang dikumandangkan di pagi Syawal.

Salam kemaafan jua dari kami seluruh warga DPP Malaysia.Sama - sama kita doakan agar perjuangan Islam yang kita dokong ini akan terus  marak sekalipun kita terpaksa menghadapi rintangan dan halangan yang tidak sedikit untuk menjulang kalimah Allah swt mengatasi ideologi ciptaan manusia.

Minal A'idin wal Faaizin . Kullu A'am wa Antum Fi Taatillah
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

p/s : jemput semua ke rumah terbuka saya [ Ketua DPP Malaysia ] kelak seperti maklumat berikut :

Alamat : No 26. Taman Pelindung Perdana Beserah Kuantan Pahang.
Tarikh : 17 Sept 2011
Hari : Sabtu \ [ jam 10.00 am hingga 5.00 pm ]
Menu : Istemewa

Bebaskan Media Dari Kongkongan Politik Kepartian

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan membebaskan media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah untuk menjadikan ia lebih relevan dan dekat di hati rakyat. DPPM mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang menyatakan media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama.

Bagi DPPM, generasi lama dan kebanyakan rakyat masih menggunakan media cetak sebagai bahan rujukan mereka memandangkan akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung. Oleh kerana itu, rakyat khususnya generasi lama masih bergantung kepada media cetak kerana itulah sumber maklumat yang mampu mereka perolehi.

Dalam keadaan demikian parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran rakyat dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata. Cukuplah selama ini rakyat diperbodohkan dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN dalam media cetak seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar rasmi negara. Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang.

DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana negara-negara maju memperlakukan media cetak utama negara mereka. Media dibebaskan dari sebarang campurtangan politik kepartian parti pemerintah sehingga media bebas mengkritik mana-mana pemimpin negara yang tidak adil dan menyeleweng. Inilah yang mengangkat integiriti media cetak barat sebagai media yang berpengaruh dan dipercayai.

Justeru itu, bagi mengembalikan kredibiliti media cetak di negara ini, kerajaan harus membebaskan media cetak dari kongkongan politik kepartian mereka. Benarkan media menulis apa yang dirasakan perlu termasuk mengkritik parti pemerintah. Rakyat akan membuka mata dan dengan sendirinya nilai media cetak diangkat di negara ini.

Jika tidak, rakyat semakin jemu untuk membaca kempen politik parti pemerintah dan menghukum Pakatan Rakyat dalam media cetak. Jangan disesali apabila jualan akhbar akan merudum jatuh dan alami kerugian serta syarikat mereka ‘gulung tikar’ekoran boikot rakyat terhadap media cetak nanti.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

PASTI Sarawak … selangit impian, segunung harapan buat ummah.

Di tengah-tengah umat yang hanyut dalam arus kejahilan, generasi muda yang tenggelam dalam kegelapan hedonistik dan pemerintah yang mabuk dalam fantasi kemewahan, telah tumbuh dengan segala kesukarannya sebuah institusi pendidikan yang bukanlah sesuatu yang asing lagi di Semenanjung dan Sabah iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Sarawak.

Kehadirannya umpama sepohon pokok liar yang tumbuh di tengah-tengah hutan belantara yang sentiasa tidak lepas daripada pandangan, intaian dan jelingan daripada setiap kewujudan di rimba tersebut. Namun, perasaan takut, segan dan terasing itu di tambah lagi dengan segala kepayahan kehidupan dihadapi jua dengan seribu keyakinan bahawa suatu hari nanti pohon liar itu akan berupaya tumbuh subur, bercambah melata dan menabur bakti kepada masyarakat di sekelilingnya.

Mengikut statistik (rujuk carta), hampir 25% (~600,000) populasi Sarawak adalah terdiri daripada bayi dan kanak-kanak berumur 9 tahun ke bawah. Bagi kategori umur 29 tahun ke bawah pula, populasi generasi muda Sarawak ini ialah 60% (~1.5 juta). Manakala populasi Muslim di Sarawak pula ialah dianggarkan sebanyak 31.3% (tahun 2000, statistik bancian 2010 masih belum dikeluarkan). Tunas-tunas kecil dan generasi muda inilah yang suatu hari nanti akan mewarisi kepimpinan dan mencorakkan negeri Sarawak.

Seandainya generasi yang masih di fasa ‘pucuk rebung’ itu dibentuk dengan acuan jahiliah, maka akan rosak binasalah mereka. Sebaliknya, dengan asuhan, didikan dan tarbiah Islamiah, maka insyaAllah akan lahirlah generasi muslim sejati yang beriman, bertaqwa dan sentiasa berbakti kepada agama, negara dan masyarakat. Justeru kewujudan Pasti di Sarawak diiringi dengan seribu harapan agar suatu hari nanti akan lahir peribadi-peribadi dakwah yang unggul seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abd. Hadi, Dr. Haron Din, Salahudin Ayub serta al-marhumah Dr. Lo’Lo’ yang akan mewakafkan diri mereka untuk perjuangan Islam di Bumi Kenyalang.

Perangkaan di atas memberi gambaran potensi dan peluang yang begitu besar bagi Pasti untuk berkembang di Sarawak. Sejarah Pasti di Sarawak bermula dengan Pasti Insani, Kuching yang diwujudkan pada 2005. Sepanjang 5 tahun, jumlah Pasti telah bertambah sehingga kini ada 9 Pasti yang beroperasi di serata negeri (rujuk jadual). Peningkatan daripada 1 kepada 9 buah Pasti dalam tempoh 5 tahun di Bumi Kenyalang adalah satu perkembangan yang amat memberansangkan. Masyarakat mula mengakui dan meyakini kehebatan Pasti menawarkan kualiti pendidikan yang tinggi dengan kos yang paling murah. “Anak kamek dah terer mbaca koo. Doa’, Arab, English pun nya pandei. Perangei pun bait lalu.”, itu antara bisikan yang biasa didengar daripada mulut para ibu bapa. Sehubungan itu, bagi Muslimin Muslimat para dermawan yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menunaikannya melalui kaedah transfer online/deposit terus ke akaun:

(1) Bank Islam (BIMB) : Pasti Darul Ulum (11013010081494),
(2) Maybank : 561190822293 (Pasti Nur Iman, Kuching).


“ Perumpamaan (infaq yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. ”(al-Baqarah : 261)

“ Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” (al-Baqarah : 265)

“ Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ”(al-Baqarah : 274)

Daripada seluruh penggerak Pasti Sarawak, ucapan terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga kami rakamkan dengan iringan do'a berpanjangan semoga 'amal soleh para dermawan sekalian akan dibalas oleh Allah SWT dengan limpahan rezeki dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. Syukran wa jazakumullah khairu jaza’.

“ Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, kurniakanlah insan yang menghulurkan infaq itu ganti dengan sesuatu yang lebih baik di dunia dan di Akhirat. Ampunkanlah dosanya, peliharalah kehidupannya dan limpahkanlah ketenangan dalam jiwanya.”

(Sebarang urusan berkaitan, tuan boleh berhubung dengan penyelia Pasti Sarawak, Sdr. Syamsul Bahri b. Mohamad di no. mobil 019-9617951 atau email ke pasti.kenyalang@gmail.com , Laman Web Pasti Sarawak :
http://pastikawasanpj.blogspot.com ,
http://pastimyy.wordpress.com ,
http://pastibintulu.blogspot.com )

Pastikan Penggunaan Dakwat Kekal Dilaksanakan Menjelang Pru Ke 13

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengotakan janji dengan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Dalam pada itu, DPPWP mengalu-alukan cadangan kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR.

DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12. Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini.

Penggunaan dakwat kekal akan mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang. Kos penggunaan dakwat kekal pula amat rendah dan mudah dilaksanakan. Dimana-mana tempat sama ada dibandar atau di ceruk kampung, penggunaan dakwat kekal amat sesuai digunakan.

Berbeza dengan penggunaan sistem biometrik, kosnya amat mahal dan tidak sesuai dilaksanakan khususnya di kawasan luar bandar. Sistem biometrik terpaksa bergantung kepada aplikasi internet dan tidak semua kawasan di seluruh negara ada akses internet. Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem.

Lebih dari itu, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali. Justeru DPPWP tidak bersetuju penggunaan sistem biometrik dilaksanakan kerana ianya tidak menyelesaikan masalah yang timbul.

Oleh itu, DPPWP amat berharap SPR akan laksanakan penggunaan dakwat kekal dalam PRU ke 13 nanti. Hanya dengan cara ini kredibiliti dan integriti SPR selaku badan yang menjalankan sistem pilihanraya di Malaysia kembali mendapat kepercayaan rakyat. Dengan daftar pemilih yang bercampur aduk dan tidak bersih bagaimana rakyat boleh percaya lagi terhadap sistem pilihanraya di negara ini. Setidak-tidaknya, penggunaan dakwat kekal boleh selesaikan satu daripada beberapa isu terhadap sistem pilihanraya di Malaysia dan boleh meredekan seketika suhu kemarahan rakyat. Selebihnya, SPR perlu berusaha keras memenuhi semua tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 nanti benar-benar adil dan bersih dari sebarang penipuan.

Disediakan oleh
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Aidilfitri Bulan Menyatukan Persaudaraan Islam

Bagi mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Kawasan Titiwangsa, saya mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Adilfitri 1432 ini kepada seluruh umat Islam khususnya di Parlimen Titiwangsa. Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu daripada dua perayaan yang disunnahkan untuk kita menyambutnya selain Hari Raya AidilAdha.

Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai meraikan kejayaan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan tarbiyah bagi umat Islam mendidik jiwa, rohani, dan fizikal agar bertaqwa kepada Allah SWT. Natijah daripada berpuasa adalah melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Pengorbanan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan menuntut kesabaran, kekuatan iman serta kekuatan jasmani dan mental bagi menghadapi segala ujian mendatang.

Bulan Syawal adalah bulan bagi umat Islam mensyukuri nikmat taqwa yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Sambutan Hari Raya Aidilfitri mestilah diraikan dengan amalan sunnah iaitu bertakbir, bertahmid disamping saling berkunjung dan menziarahi, bermaafan, serta saling menggembirakan antara satu sama lain. Perasaan suma’ah atau mazmumah seperti hasad dengki, dendam, benci, takabbur, sombong, tamak, riya’, bakhil dan lain-lain hendaklah dijauhi. Sebaliknya ia perlu diisi dengan sifat mahmudahseperti perasaan sayang menyayangi, kasih mengasihi, pemurah, peramah, berlemah lembut, dan berlapang dada.

Saat inilah kita merasakan persaudaraan Islam yang diikat atas dasar aqidah Islam dan keimanan mendalam kepada Allah SWT. Laungan takbir yang membesarkan Allah SWT menenggelamkan segala kebesaran makhluk lain serta slogan lain di atas dunia. Islam menyatukan umat tanpa mengira bangsa, warna kulit, jalur keturunan, sempadan geografi, fahaman politik mahupun ideologi. Amat berbahagialah mereka yang berjuang atas dasar Islam tanpa mengira segala perbezaan ini, sebaliknya rugilah mereka yang berjuang atas dasar bangsa atau etnik tertentu semata-mata.

Umat Islam seharusnya menjadi semakin kuat dan hebat dengan adanya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Saya mengharapkan Hari Raya Aidilfitri ini sebagai pemangkin untuk kita bangkit menegakkan Islam dan meruntuhkan segala amalan Jahiliyyah dan kemungkaran. Musuh Islam amat kagum dan gentar dengan adanya kesatuan ummat yang bersatu di atas dasar aqidah Islam. Saya juga mengharapkan umat Islam agar kembali kepada landasan Islam dengan menjauhi segala perbuatan maksiat dan mungkar.

Akhir sekali, bagi pihak PAS Kawasan Titiwangsa saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kelemahan kami selama ini. PAS Kawasan Titiwangsa sentiasa menghulurkan tangan persahabatan kepada umat Islam di mana sahaja, kerana ukhwah inilah yang mengukuhkan hubungan kami dengan umat Islam di parlimen Titiwangsa selama ini.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Disediakan Oleh;

MEJAR (B) USTAZ ABDULLAH ABDUL WAHAB
Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa

Lynas : Suatu Sikap diantara Pandangan Pakar dan Rakyat.

1. PAS sememangnya berbangga mempunyai ramai pakar saintis seperti Dr Che Rosli, Dr Zulkifli Ahmad dan lain - lainnya. Malah mereka adalah sebahagian dari pemimpin PAS yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Selain daripada sikap PAS yang selama - lamanya menghargai dan menghormati ilmu serta kepakaran seseorang tokoh yang diiktiraf, penglibatan mereka bersama PAS juga satu penghargaan besar kepada PAS setelah sekian lama PAS dimomokkan sebagai parti kampung, parti tok lebai, parti kain pelikat dan sebagainya.

2. Ertinya kini PAS tidak lagi parti pinggiran atau kampungan yang hanya menjadi mangsa belasahan UMNO dan BN sebagaimana dulu. PAS juga bukan hanya sebuah parti yang hitung tindaknya berasaskan millage politik semata - mata tetapi kini PAS juga boleh menjadi wadah cendikiawan, sasterawan, budayawan, hartawan dan agamawan yang sememangnya menjadi pahlawan yang berjuang mendokong dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu Islam.

3. Apabila PAS menjadi wadah yang besar dan lebar, lalu berlakunya perbedaan pendapat adalah suatu yang lumrah malah menonjolkan kehebatan PAS dalam menangani dan mendepani sesuatu isu atau kes. Kini PAS bukan lagi sebuah jamaah kecil yang dinding pagarnya laksana sebuah surau atau musolla dengan seluruh anggota jamaahnya berpada dengan bimbingan seorang syeikh atau muallim pula berpaut pada satu mazhab [aliran pemikiran].

4. Sebaliknya PAS kini adalah platform ummah yang batu sempadannya laksana sebuah negeri atau negara dengan seluruh anggota jamaahnya memerlukan ramai mujtahid, mufakkir dan muallim dengan mengenengahkan sekurang - kurang 4 mazhab utama ahli sunnah wal jamaah sebagai landasan beramal dan bertindak. Justeru satu mazhab akan menyulitkan perlaksanaan Islam di peringkat agenda nasional dalam zaman yang serba rencam dan kompleks masaalahnya kini. [ mungkin pada peringkat individu, tidak mengapa berpaut kejap pada satu mazhab]

5. Sungguhpun begitu, uniknya Islam sekalipun ia adalah sebuah Manhaj Kehidupan yang besar dan terbuka, Islam diperkaya dengan disiplin dan akhlak yang tinggi serta peraturan yang lengkap dan sempurna. Biarpun Islam dilihat terlalu banyak perbedaan pandangan pada segala masaalahnya seperti fekah namun perbedaan itu diurus dengan baik, teliti dan disiplin menepati prinsip dan kaedah ilmu.

6. Kini PAS mula merasai dan meluruti keunikan itu. Saya harap semua pimpinan, ahli dan penyokong malah pemerhati dari kalangan rakyat terbanyak, dapat bersabar menekuni perkembangan ini tanpa mewajarkan diri keluar atau terhindar dari garis akhlak dan disiplin ilmu.

7. Sungguhpun kesilapan boleh berlaku pada bila - bila masa dan pada sesiapa jua atas sifat kita bukanlah insan yang maksum dan sempurna dalam segala aspek, namun saya tegaskan sekali lagi [kalau berlaku kesilapan], agar kesilapan itu tidak mewajarkan kita bergelut dan berpolemik sesama sendiri, apalagi untuk lari dari manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Min baabil Aula [terlebih layaklah] kalau kita sememangnya tidak silap.

8. Kembali kepada isu Lynas yang hangat diperbahaskan mutaakhir ini, Dr Che Rosli tampil menyatakan pandangannya yang sangat berbeza dengan pandangan dan perjuangan rakyat di Kuantan khasnya di Pahang amnya. Malah berbeza sekali dengan pandangan PAS Pusat yang terlebih dahulu telah mengambil keputusan untuk bersama rakyat Pahang khasnya dan rakyat seluruh negara amnya, menolak operasi Lynas di Gebeng Pahang.

[ Hujjah kenapa rakyat menolak Lynas telah dikemukakan secara rasmi oleh Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat Sdr Zulkifli Mohamad Omar, juga kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan boleh ikuti hujjah lebih jelas dari buku khas "Lynas @ Gebeng Kenapa Kami Bantah ?" yang telah diterbitkan oleh Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR]. ~ sebagaimana pandangan berbeza pula dikeluarkan oleh Dr Che Rusli melalui wawancara beliau dengan TV 3 baru - baru ini ]

9. Saya menghormati pandangan Dr Che Rusli sebagai seorang pakar dan bercakap pula berasaskan ilmu serta kepakaran bidang yang beliau miliki. Bertambah bangga saya, apabila beliau adalah ahli dan pimpinan PAS. Walaupun beliau mengemuka pandangan berbeza, berbeza dengan PAS Pusat, berbeza dengan rakyat Pahang dan berbeza dengan saya, tapi saya lihat tiada cacat celanya dan tidak perlu pula dikata nista kepada beliau selama beliau bercakap dan memberi pandangan berasaskan ilmu yang beliau miliki. Kita sewajarnya menghormati ilmu beliau. Jangan bergaduh dengan beliau dan sabarlah dengan perbezaan ini serta bertindaklah sebaik mungkin.

10. Pandangan berbeza ini insyaallah akan membuka lebih lebar ruang perbahasan, lebih mendalam perbincangan dan lebih detail atau jelas butir perdebatan. Ia akan menjadi ilmu kepada masyarakat untuk lebih nampak dan jelas secara sentimen dan secara saintifik betapa Lynas adalah sebuah industri yang boleh diterima atau mesti ditolak.

11. Harapan saya selepas ini , akan terungkaplah segala keraguan. Setelah seorang Pakar mengemukakan pandangan beliau yang dilihat sebagai menyongsang arus, maka saya juga yakin, skuad Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR] akan melipat gandakan pengumpulan maklumat, bahan bukti serta fakta kes bagi menjelaskan lagi kedudukan Lynas Corporation ini.

12. Ertinya selepas ini ia akan menjadi perbahasan yang lebih ilmiah bukan lagi sentimen sebagaimana yang dimomokkan sebelum ini. Saya kira selepas ini akan banyak pihak sedia menganjurkan seminar di peringkat nasional dengan menampilkan pakar mewakili pihak masing - masing. Barangkali Sinar Harian akan menjadikan tapak Karangkrafnya sebagai medan perdebatan para pakar ini. Kiranya tiada, Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi sedia untuk menjadi penganjur kepada perdebatan dan perbahasan ilmiah ini.

13. Tapi ingat ! jangan ambil masa terlalu lama untuk memperbahaskan perkara ini, kerana saya bimbang kalau keputusannya kelak, selepas meneliti perbahasan demi perbahasan pakar, akhirnya merumuskan Lynas mesti ditolak, sedang Lynas telah beroperasi, maka rakyat sekali lagi menjadi mangsa dam keadaan mereka tidak ubah seperti tikus makmal.

14. Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang - undang dan lain - lain pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas antarabangsa.

15. Sejurus selesai ummat Islam menyambut Aidil Fitri, Insyaallah saya akan berbincang dengan Jabatan Undang - Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] DPP Malaysia, kemungkinan untuk berusaha mendapatkan arahan mahkamah agar Kilang Lynas yang penuh dengan kontraversi ini ditangguhkan operasinya sehingga jelas kedudukannya di mata rakyat. Agar negara tidak memperjudikan masa depan rakyat sendiri. Apakah kilang ini selamat atau bahaya !

16. Saya yakin dan percaya, bagi pihak BADAR telah muktamad menolak Lynas sebagaimana saya juga salah seorang yang tinggal di kawasan padat penduduk tidak melebihi 30 KM dari Kilang Lynas ini, telah mengambil keputusan muktamad bahawa kilang ini wajar dihenti dan mesti ditutup segera.

17. Tapi nampaknya sebahagian rakyat masih belum memahaminya, belum menerima mesej yang jelas dan belum mendapat maklumat yang tepat dari pihak BADAR. Tambahan pula ada pandangan pakar yang berbeza. Maka adilnya untuk rakyat umum, mereka mesti didedahkan maklumat dari kedua belah pihak terutama kepada rakyat tempatan yang tingal dalam lingkaran 30 kilometer persegi dengan Kilang Lynas ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sikap PAS terhadap Isu PPSMI

Merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh The Parent Action Group For Education (PAGE) yang meminta untuk bertemu dengan kabinet, supaya dapat diadakan pertemuan dan seterusnya kabinet didesak

mengambil langkah untuk mengembalikan semula PPSMI-Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

PAS telah mengambil perjalanan berdasarkan kepada gabungan 80 NGO dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang kita (PAS) telah bersama-sama dengan mereka (GMP) membuat desakan didalam satu

demostrasi yang besar dan ekoran dari itu kerajaan telah membuat peraturan (keputusan) untuk mengembalikan semula kepada dasar asal, dimana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Kemudiannya, kerajaan membuat pengubahsuaian dalam erti (kata) memperteguhkan (memantapkan) Bahasa Inggeris dan memperkasakan (memartabatkan) Bahasa Melayu.

Walaupun PAS berpandangan, ia suatu keputusan yang kurang jelas, pada umumnya kita menganggap bahawa ia adalah sesuatu ubahsuai diatas keperluan yang dihajatkan oleh rakyat bagi membasmi PPSMI dan

PPSMI tidak akan diteruskan sama sekali, walaupun ada keinginan untuk perbaikkan didalam Bahasa Inggeris dalam konteks yang lain.

Tetapi apabila PAGE pada hari ini melalui Presidennya Datuk Noor Azimah (membuat kenyataan), kita menganggapkan ini satu perkara yang luarbiasa, satu perkara yang baru yang mendatang, yang menurut

kenyataannya dia mempunyai bukti dan mendapat sokongan lebih 90% ibu bapa.

Kita sebenarnya tidak sama sekali dapat menerima kenyataan ini, dan saya minta untuk kita mengadakan pertemuan dengan pihak PAGE ini, kita mahu dengar daripada mereka apa alasan daripada mereka sebab

kita mewakili majoriti rakyat yang tidak mahu kepda PPSMI.

Bagaimana beliau boleh mendakwa bahawa beliau ada bukti dan mendapat sokongan sedangkan rata-rata kajian yang dibuat PPSMI gagal untuk memajukan Bahasa Inggeris dikalangan anak-anak terutama diluar

bandar bagi mendepani pendidikan Sains dan Matematik. Apatah lagi kita boleh mengatakan bahawa, keciciran (dikalangan pelajar) telah begitu banyak dan begitu meluas sekali kerana akibat daripada PPSMI ini.

Jadi saya harap kita akan dapat mengadakan pertemuan segera mereka (dan) kita mahu mendengar alasan mereka (namun begitu) dari segi untuk mendesak kabinet supaya membolehkan (PPSMI dikembalikan)

kita menentang sama sekali dalam apa bentuk sekali pun. Tetapi dengan PAGE kita mahu mendengar daripada mereka apa alasan yang mereka hendak bawa (kepada kabinet) tentang perkara ini.

Saya ingat tidak kurang daripada 80 badan (NGO) yang tidak bersetuju (dengan perlaksanaan PPSMI) dan sekurang- kurangnya lebih 30 badan (NGO) yang besar yang asas telah menentang PPSMI ini diantaranya

Jawatankuasa GMP itu sendiri yang terdiri daripada Professor-profesor dalam pelbagai lapangan termasuk Pak Samad Said sebagai Sasterawan Negara, Professor Abdullah Hassan, Professor Sahril yang pakar dalam

bidang Sains dan Matematik dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) yang kita anggap sebagai badan yang boleh mewakili masyarakat Melayu, badan-badan seperti ABIM, JIM satuan Ulamak Malaysia (PUM).

Selain itu Perastuan Penerbit, (Pengerusinya) Puan Ainon, mereka mempersoalkan dan mereka memang menentang PPSMI termasuk Professor Linguistik, Professor Awang Sariyan dan Dr Nik Safiah Karim.Mereka

semua adalah tokoh-tokoh yang kita kenali dalam masyarakat yang berpengalaman.

Mungkin ada alasan daripada mereka (PAGE) (mungkin) dengan alasan-alasan baru itu yang kita mahu dengar dari mereka, sebab kita anggap ini bukan suatu percubaan (tetapi) ini adalah suatu perkara yang serius.

Kenyatan Media;
Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
Pngerusi Lajnah Pendidikan PAS
28 Ogos, 2011

Sabtu, 27 Ogos 2011

PAS Pahang tetap menentang Projek Lynas

PAS Pahang tetap menentang projek Lynas walaupun ada percanggahan dalam kenyataan pakar-pakar, yang sebilangan kecilnya dalam PAS yang mengatakan ia tidak mengundang bahaya kepada manusia dan alam sekitar.

PAS Pahang tetap menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang anggota parlimen PAS, Dr Che Rosli Che Mat, walaupun pendapat beliau berbeza dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat dalam hal ini. Kenyataan beliau berupa hak dan kepakaran pandangan peribadi yang harus dihormati. Ini tidak menjadi masalah kepada parti, malah parti meraikan perbezaan pendapat ini dalam juzuk selaras dengan landasan demokrasi.

Meskipun demikian, untuk PAS, rakyat perlu didahulukan dalam hal ini. Kebimbingan risiko akibat projek Lynas oleh orang ramai, terutamanya penduduk Kuantan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Rakyat mempunyai hak terbesar yang mesti didengar semua.

PAS tetap melihat projek ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat selain peluang pekerjaan hanya cukup menampung beberapa kerat pekerja tempatan; berbanding dengan risiko yang sedang menanti.

Projek Lynas sebagaimana projek be-risiko tinggi yang lain, sekiranya mengikut semua pakar nuklear, tidak akan mendatangkan ancaman dan bahaya dalam keadaan normal. Bahkan loji nuklear pun dikatakan selamat, begitu juga loji tenaga dan seumpamanya.

Namun, apabila berlaku sesuatu di luar kawalan manusia seperti yang terbesar kecuaian manusia sendiri, gempa bumi, banjir, tsunami dan lain-lain – apakah pada waktu itu baru kita hendak mengakui bahawa ia telah menjadi satu ancaman?

Penduduk di sekitar Gebeng dan Kuantan masih teringat projek nadir bumi di Bukit Merah pada 1980an – semasa ia diluluskan, ia juga dikatakan tidak bahaya dan tidak mengancam manusia dan alam sekitar.

Akan kini setelah terbukti ancamannya, ke mana semua pakar yang berhujah pada masa itu bahawa ia selamat? Semuanya senyap menyepi – yang menanggung bala adalah penduduk di sekitar kawasan loji tersebut, bahkan sisa toksiknya masih belum diselenggara sepenuhnya dengan baik sehingga kini. Percayalah, bila loji di Gebeng bertukar menjadi ancaman, orang asing dan tempatan beserta pakar yang menyokong loji ini akan mencari mangsa untuk dipersalahkan, lebih teruk lagi senyap menyepi tanpa sesiapa yang sanggup berdiri keluar untuk bertanggungjawab kepada akibat yang berlaku.

Rakyat Pahang rata-ratanya sehingga kini ingin tahu ke mana sisa radioaktif akan dilupuskan. Kalau ianya tidak bahaya seperti yang dinyatakan, nyatakanlah sebuah negara yang sudi terima sisa toksik ini.

Apakah sisa ini akan ditanam dalam bumi kita – isi dan untung mereka yang dapat tapi sisa dan toksik rakyat kita yang tanggung?

PAS Pahang berdiri teguh bersama rakyat Pahang yang menentang projek ini, dan bagi sesiapa yang menyokongnya, bolehlah usahakan agar projek ini dibawa ke kawasannya, dan tengoklah apa reaksi pengundinya di sana.

Carilah negeri lain yang rakyatnya sedia dan sanggup terima, itupun jika dapat cari.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menetapkan 11 syarat dikeluarkan untuk pertimbangan Lynas dan AELB (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia) sebelum projek kilang tersebut diteruskan. Kita harus ingat badan ini merupakan badan yang juga menggalakan pengunaan tenaga nuklear di dunia. Menurut President Sahabat Alam Malaysia (SAM) S. M. Mohamed Idris, badan inilah yang membuat perakuan loji nadir bumi di Bukit Merah tidak membahayakan orang ramai. Tapi sekarang, apa yang sudah berlaku ?

PAS Pahang tetap berpegang bahawa suara rakyat jadi penentu. Kita akan terus mendesak sehingga projek ini dibatalkan. Rakyat Pahang akan memberikan jawapan yang jelas menentang hal ini apabila datang PRU-13 nanti.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjaya PAS Pahang

Malaysia Negara Pedagang Manusia?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia di tahap kedua. Laporan ini menunjukkan bahawa isu pemerdagangan manusia di Malaysia berada di paras yang bahaya dan sesuatu tindakan perlu dibuat bagi membanteras gejala pemerdagangan manusia.

Lambakan pekerja asing yang menjadi punca pemerdagangan manusia di negara ini adalah isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan. DPPM mempersoalkan mengapakah pekerja negara asing boleh masuk secara mudah di negara ini walaupun pelbagai operasi penangkapan dan pembanterasan dijalankan. Mengapakah begitu longgarnya kawalan keselamatan di sempadan negara ataupun adakah kerana adanya rasuah yang membenarkan pekerja asing dibawa masuk secara mudah?

DPPM bimbang dengan lambakan pekerja asing menyebabkan jenayah dan gejala sosial turut berleluasa. Jenayah seperti pecah rumah, rompak, mencuri, rogol dan ragut naik mendadak dengan ramainya warga asing di negara ini. Kebanyakan golongan wanita tempatan merasa cemas serta tidak selamat untuk keluar rumah ekoran pelbagai jenayah yang terdedah terhadap mereka.

Lebih dari itu, kebanyakan warga asing turut mendominasi sesuatu penempatan. Warga tempatan kebanyakannya mengeluh kerana kawasan mereka dikuasai oleh warga asing termasuk premis-premis perniagaan yang dibolot oleh warga asing ini.

DPPM menggesa kerajaan dan pasukan keselamatan agar mengetatkan keselamatan di sempadan serta kerap melakukan serbuan ke premis dan kawasan perladangan serta pembinaan. Majikan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam mengambil pekerja asing di tempat mereka perlu diambil tindakan. Tindakan keras perlu diambil terhadap mana-mana premis hiburan yang menjalankan pemerdagangan manusia seperti menjadikan warga asing perempuan sebagai pelacur. Seharusnya pusat-pusat hiburan tidak lagi dibenarkan beroperasi memandangkan kesan buruk kepada masyarakat lebih banyak daripada kesan baik.

Selain itu, kerajaan perlu menghadkan kuota warga asing di negara ini. Setiap identiti warga asing perlu dikenalpasti dan diketahui lokasi mereka. Selepas tamat kontrak, warga asing ini perlu dihantar pulang. Apa yang berlaku, selepas tamat sesuatu kontrak pekerja ini bebas mencari pekerjaan lain sehingga mampu bermastautin di negara ini bertahun lamanya.

Akhir sekali, DPPM juga mengharapkan kerajaan agar menangani jenayah pemerdagangan kanak-kanak di negara ini. Ia merupakan suatu perkara serius memandangkan di kebanyakan tempat, kanak-kanak dijadikan alat untuk meminta sedekah. Sindiket pemerdagangan kanak-kanak perlu diburu dan diperangi habis-habisan kerana ia suatu jenayah kejam dan tidak boleh dimaafkan.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pemuda Pas Anjurkan ‘Mesra Al Mubarak’ Menjelang Musim Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) akan menganjurkan Program ‘Mesra Al Mubarak’ iaitu edaran ‘goodies’ kepada warga kota yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Program ini akan diadakan pada 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadhan 1432, bermula jam 9.00 malam di sekitar ibu kota dan negeri-negeri.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sumbangan kepada umat Islam yang akan pulang beraya dengan beberapa ole-ole untuk dibawa pulang ke kampung. Antara bahan yang akan diberi adalah berupa kuih raya, sticker ‘Selamat Pulang ke Kampung’ serta risalah khas. Risalah ini diharapkan mampu sebagai bahan bacaan warga desa bagi memberi maklumat terhadap isu-isu semasa. Program ini juga diharapkan mampu membentuk hubungan yang baik antara masyarakat khususnya anak-anak muda dengan Pemuda PAS.

Lokasi yang dikenalpasti untuk edaran ‘goodies’ adalah di Stesen Bas Jalan Duta. Selain itu, LaPAS dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS negeri-negeri turut akan mengedarkan bahan yang sama di Butterworth dan Alor Setar.

Dianggarkan sebanyak 10,000 bahan edaran telah disiapkan untuk program nanti. Antara sasaran utama program ini adalah pemandu bas, penumpang bas dan penjaja. Kelompok ini adalah penting bagi mewakili segmen masyarakat yang pelbagai. Antara pemimpin pemuda PAS yang akan hadir bersama mengedarkan ‘goodies’ adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohd Abduh dan YB Mohd Firdaus Jaafar, Pengerusi LaPAS.

LaPAS mengharapkan sambutan serta sokongan rakyat bagi menjayakan program ini. Semoga ‘Mesra Al Mubarak’ menjadi pencetus perubahan bermakna terhadap umat Islam bersempena bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Disediakan oleh;

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Isnin, 22 Ogos 2011

Harga Makanan Pasar Ramadan Mahal

Pasar Ramadan yang kini mula rancak menjual pelbagai jenis hidangan dan lauk pauk untuk masyarakat Muslim berbuka puasa sekali lagi menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai.

Apa yang uniknya tentang kehadiran Pasar Ramadan ini ialah, ia telah menjadi satu identiti negara kita Malaysia. Ini kerana ia bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat Islam semata-mata tetapi juga turut dikongsi bersama oleh para penganut agama lain.

Dalam ertikata yang lain, kewujudan Pasar Ramadan ini telah diterima dan mendapat tempat di hati seluruh warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apatah lagi ia hanya muncul sebulan dalam setahun.

Yang lebih unik dan menariknya ialah, hidangan yang ditawarkan di Pasar-pasar Ramadan ini tidak dijual pada waktu dan musim-musim yang lain. Ini menjadi Pasar Ramadan satu tarikan luar biasa yang tidak terdapat pada mana-mana Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Minggu atau apa jua pasar yang terdapat di negara kita.

Tetapi ada sesuatu yang pada pandangan saya tidak begitu mengembirakan apabila saya dapati kebanyakan gerai di Pasar Ramadan meletakkan harga yang sangat tinggi ke atas kuih muih dan juadah-juadah lain.

Di Pasar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur misalnya, sebiji karipaf dijual dengan harga 50 sen dan begitu juga dengan secucuk sate yang sangat kecil isi dagingnya juga dijual pada harga 50 sen.

Lain-lain kuih muih juga dijual pada harga yang sangat mahal seolah-olah para peniaga ingin mengambil kesempatan ke atas orang ramai pula di sepanjang bulan Ramadan ini. Malah bubur lambuk dijual pada harga RM4.50 semangkuk.

Dalam konteks ini, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada penjual popia terkenal di Seksyen 14 Petaling Jaya yang masih mengekalkan harga popianya pada paras RM1 sebiji di sebalik populariti yang dikecapinya sejak sekian lama.

Bagi Mohd Kasim Ismail, hati pelanggan yang lebih diutamakannya berbanding populariti popianya itu. Jika Mohd Kasim ikutkan hati, dia boleh sahaja meletakkan harga popianya RM1.50 sebiji kerana dia tahu orang akan tetap datang mencari dan membeli popianya kerana sedapnya bukan kepalang tetapi bukan itu yang menjadi keutamaannya.

Yang menjadi keutamaannya ialah para pelanggan dan kesetiaan mereka ke atas popia yang dihasilkannya.

Dan saya cuma boleh berharap para peniaga lain juga bersikap demikian.

HASNUL HASSAN
DAMANSARA, PETALING JAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites