Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Ahad, 9 Jun 2013

SPR kaji persempadanan semula kawasan pilihan raya

Ini yang Tun Mahathir dan UMNO bersungguh nak kan 2/3. Tak hairan nanti ada pekan kecil lebih ramai pengundi daripada ibu negeri seperti Pekan dan Kuantan!


KUALA LUMPUR - Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
"Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya melalui ceramah bertajuk 'Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003 dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini hari ini.

Wan Omar berkata pihaknya mula mengumpul data melalui Pejabat SPR negeri dan melantik beberapa pegawai dari Jabatan Perangkaan serta Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri bagi membantu kajian persempadanan itu dari segi melakar peta serta mengira jumlah populasi penduduk kawasan.

Beliau berkata berdasarkan Perkara 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula boleh dilakukan selepas tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat, dan dalam kes ini, pada 2003.
Wan Ahmad berkata persempadanan kawasan kali ini dijangka lebih mencabar kerana semakin ramai akan menyatakan rasa tidak puas hati semasa hasil siasatan awal dipamer kerana mendakwa ia berat sebelah.

"Sekarang siasatan belum dijalankan pun dah ada orang yang tidak puas hati.

"Ada yang menuding jari ke arah kami dan menyatakan persempadanan itu dilakukan untuk kepentingan parti tertentu, tetapi kami melakukannya kerana dalam tempoh lapan hingga 10 tahun ini, sudah semestinya negara akan mengalami perubahan termasuk penambahan populasi penduduk, urbanisasi dan pembangunan pesat.

"Bagi mengelakkannya (dituduh berat sebelah), kami berusaha melibatkan orang ramai untuk membantu kami menjalankan kajian pada kali ini," katanya.

Beliau berkata semasa kajian persempadanan yang terakhir, pihaknya mengambil masa tiga bulan sama ada untuk mempamer, mengubah suai dan memberi penjelasan kepada orang ramai dengan turun padang ke setiap kawasan kajian yang terlibat.

Wan Ahmad berkata rayuan semasa tempoh pameran kajian hanya boleh dilakukan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan lebih daripada 100 pemilih berdaftar tanpa sokongan mana-mana parti politik.

Bercakap kepada pemberita selepas seminar itu, Wan Ahmad menyifatkan kenyataan pakatan pembangkang, yang menggesa beliau dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletak jawatan, sebagai tidak munasabah.

"Jika mereka ini merasakan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak diterima, mereka boleh menfailkannya melalui petisyen pilihan raya untuk dikemukakan kepada Mahkamah Pilihan Raya seperti mana yang termaktub dalam perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

"Biar Mahkamah Pilihan Raya buat keputusan dan kami akan memprosesnya, semua ini adalah prosedur dan undang-undangnya, bukannya sesuka hati minta orang letak jawatan," katanya.

Beliau berkata kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan kemenangan di beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah bukti jelas bahawa SPR menjalankan proses pilihan raya secara telus mengikut peraturan yang ditetapkan. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites