Oleh SALWA SHA’ARI
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, memilih untuk memberi keterangan daripada kandang tertuduh bagi membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Perkara itu dinyatakan di Mahkamah Tinggi di sini, setelah ditanya sebanyak dua kali oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Keterangan dari kandang tertuduh bermaksud tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan, namun beban pembuktiannya kurang dan berat keterangan akan ditentukan oleh mahkamah kelak. - MStar
0 ulasan:
Catat Ulasan