Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Sabtu, 20 Ogos 2011

Memang berlaku penyelewangan Undi POS

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan pendedahan beberapa orang bekas anggota tentera berhubung penglibatan mereka dalam penyelewengan undi pos semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Bagi DPPWP, pendedahan mereka membuktikan bahawa memang benar undi pos adalah suatu manipulasi bagi memenangkan UMNO-BN.

Dalam kenyataan balas oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam yang menyalahkan Pemuda PAS kerana mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera. DPPWP menegaskan, tidak timbul soal Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap mana-mana anggota tentera. Sebaliknya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin perlu melihat kebenaran disebalik pendedahan mereka ini.

Sepatutnya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bersyukur kerana masih ada bekas-bekas anggota tentera yang berani menyatakan kebenaran walaupun risikonya tinggi. Tidak ramai yang mampu tampil ke depan membuat pengakuan kerana takut dengan risiko yang bakal menimpa.

Sebaiknya Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyiasat dakwaan ini secara serius. Isu penyelewengan dalam undi pos adalah isu besar dan melibatkan integriti Angkatan Tentera Malaysia. Jika benar dakwaan bekas-bekas anggota tentera ini, maka ATM perlu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan kejadian ini berulang. ATM perlu menjadi agensi yang diyakini oleh semua pihak, dan ia perlu mengelak diri dari cenderung kepada mana-mana parti politik.

DPPWP percaya bahawa Pemuda PAS tidak menuduh anggota tentera sebagai pengkhianat kepada negara. Bagi DPPWP, anggota tentera ini adalah golongan yang setia kepada negara. Malangnya kesetiaan mereka disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dengan pengakuan bekas-bekas anggota tentera ini, membuktikan bahawa undi pos tidak lagi boleh dipercayai kerana ia adalah talian hayat UMNO-BN selama ini. Justeru tidak hairanlah banyak kawasan sama ada Parlimen dan DUN yang mempunyai undi pos, undi yang diperolehi oleh calon BN amat tinggi mendadak.

Dalam keadaan sekarang, negara tidak berada dalam keadaan terdesak untuk diadakan sistem undi pos. Setiap rakyat sepatutnya diberikan kebebasan bagi memilih pemimpin atau parti politik mereka tanpa ada sekatan, kekangan atau melalui sistem berasingan. Oleh itu, DPPWP mencabar kerajaan sekiranya benar kerajaan BN mahu memenangi pilihanraya dengan sokongan popular rakyat Malaysia, hapuskan segera undi pos dan benarkan anggota tentera dan pihak yang berkaitan mengundi seperti biasa.

Sampai bilakah UMNO-BN mahu berpaut kepada undi pos dan dikenali oleh rakyat sebagai wakil pos? Buktikan kehebatan UMNO-BN dipentas politik dan bertarunglah secara anak jantan di padang yang sama rata. Ketika itu barulah kenal langit itu tinggi atau rendah.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan

1 ulasan:

SIAPA YANG YANG MENJAGA KEBAJIKAN WARGA ATM AKAN MENDAPAT UNDI POS ATM.PEMIKIRAN YANG PALING LOGIK DAN SIMPLE!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites