Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Sabtu, 16 Julai 2011

Baharuddin akan menerima nasib sama dengan Ahmad Sarbani - Mati Mengejut

Baharuddin seorang perseta himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia akibat serangan gas pemedih oleh pihak polis akan menerima nasib yang sama dengan Ahmad Sarbani dikategorikan "Mati Mengejut" atau mudah mati terkejut lihat asap gas pemedih mata.

Polis mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ku berkata pasukan itu akan menjalankan siasatan berhubung kematian Baharuddin Ahmad, 56, di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan di kawasan KLCC ketika cuba melarikan diri daripada tindakan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan air berasid.


Pagi tadi, keluarga Baharuddin yang diwakili oleh abangnya Major (R) Kassim Ahmad dan anaknya Azhar Kassim menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta agar diadakan siasatan segera.

PKR pula diwakili oleh anggota Majlis Pimpinan Pusatnya Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden N Surendran manakala Lawyers for Liberty pula diwakili Eric Paulsen dan Renuka T Bala dan Warga Aman diwakili oleh Pengerusinya Rajaretinam serta Lee Khai Loon dari Youth for Change.

Dalam memorandum itu mereka menuntut agar kesemua pegawai polis termasuk pegawai-pegawai tertinggi yang menyelia operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes tersebut.

Selain itu mereka juga mahu siasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindung mana-mana pihak dijalankan dengan segera dan laporan penuh hasil penyiasatan diumumkan kepada orang awam.

Selain mengenakan tindakan undang-undang ke atas semua pegawai polis yang terbabit, memorandum itu juga mahu Ketua Polis Negara dengan segera meminta maaf dengan keluarga Allahyarham Baharuddin dan seluruh rakyat Malaysia kerana menyalah guna kuasa dan menggunakan kekerasan berlebihan terhadap rakyat - MI

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites