Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Sabtu, 16 Julai 2011

Muslihat apa pihak polis baik sangat dengan Presiden PAS?


Presiden PAS walaupun ditangkap dilayan dengan baik oleh pihak polis. Sampai pihak polis hantar Presiden ke tempat pengindapan.


Anwar Ibrahim pula sorry tak main baik-baik. Lanyak sahaja. Pelikkan? Apa muslihatnya. Orang PAS jangan m udah tertipu!!

# Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau mendapat layanan baik dari pihak polis semasa ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.
Katanya, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada yang lain kerana beliau berseorangan semasa ditahan dan dibawa dengan lori ke balai polis Jinjang.

"Saya dilayan dengan baik, ada juga (polis) yang datang bersalam dengan saya. Konsepnya kita (PAS) tak bermusuh dengan polis, kita nak lawan Barisan Nasional (BN).

"Saya tak tahu mengenai yang lain kerana saya keseorangan pada masa tu (ditangkap), yang lain saya tak tahu," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Hadi diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mendakwa Presiden PAS itu dikasari polis ketika ditahan kerana menyertai perhimpunan itu.

Hadi berkata tidak semua polis menunjukkan kekasaran pada hari berkenaan, malah ada yang berlembut dengan tahanan termasuk beliau.

"Kita tak boleh kata semua baik, gas pemedih mata tak baik sebab buat kita sesak nafas. Naik lori tak baiklah, panjat atas lori tapi apa yang saya nak sebut ada yang tunjuk kekasaran, ada juga yang tunjuk sifat lembut," katanya.

Katanya, PAS juga akan menyokong sekiranya perhimpunan Bersih diadakan lagi.

Kepada isu lain, Abdul Hadi berkata terserah kepada kebijaksanaan pimpinan kerajaan negeri Kedah dalam menangani pertikaian dengan DAP berhubung larangan operasi 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Larangan itu dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

"Pandangan saya, kita serah kepada (kerajaan negeri) Kedah untuk mereka menanganinya dengan penuh bijaksana. Mereka pandai perintah negeri, mereka boleh berunding.

"Di sana (Kedah), ada peraturan bagi Islam sahaja, ada hak bagi bukan Islam dan di sana, ada hak bersama. Mereka nilai sendirilah bagi melaksanakan konsep ini," katanya. BERNAMA

2 ulasan:

org bagi lyn baik pun ko buruk sangka....

Baik ada makna tu.Ada udang disebalik batu.Pemikiran kita kena cerdas dan merentasi secara menyeluruh.Ada tempat kita kena baik sangka ada tempat perlu mawas diri.Baru termasuk dalam golongan orang yang cerdik dan tidak mudah ditipu dan diputar belit.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites