Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Jumaat, 8 Julai 2011

Pakatan Rakyat dan Bersih tidak takut pada ugutan anjing UMNO

Di sebalik larangan polis ke atas 91 individu berada di Kuala Lumpur, pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap turun bersama orang ramai yang akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, “Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri”.

Semalam, polis mengeluarkan senarai beberapa individu yang dilarang memasuki ibu negara termasuk Anwar, Mursiyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan antara 91 individu berkenaan, mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok.

NONEKatanya, adalah tidak kena, perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja.

"Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi takkan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily.

Turut mempersoalkan tindakan kerajaan itu adalah ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok.

Dalam satu kenyataan, Kok berkata perintah larangan mahkamah itu adalah ultra vires dan melampaui kuasa yang termaktub dalam Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan polis tersebut jelas dibuat demi menjaga kepentingan politik kerajaan BN.

“Berikutan dengan perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan telahpun mengumumkan bahawa jawatankuasa BERSIH 2.0 sudi menerima tawaran Perdana Menteri Najib Razak supaya mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

NONE“Namun begitu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan polis masih lagi menghambat BERSIH 2.0 dengan tindakan kuku besi, dan mereka masih lagi mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram,” katanya.

Menurut Teresa tindakan polis menekan demokrasi, mengaibkan hak perlembagaan dan mengadakan sekatan jalan menunjukkan mereka tidak menghormati institusi diraja dan titah Seri Paduka.

“Bagi diri saya selaku ahli parlimen Seputeh, perintah mahkamah yang melarang saya hadir di pusat bandar Kuala Lumpur merupakan halangan bagi saya untuk menjalankan tugas untuk mengawasi perhimpunan BERSIH 2.0 selaku ahli parlimen Seputeh.

“Lebih-lebih lagi, saya bekerja dan tinggal berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur. Tidakkah perintah mahkamah ini juga telah menjadikan saya seolah-olah di bawah tahanan rumah (house arrest)?” soalnya.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berkata akan tetap menghadiri himpunan aman BERSIH 2.0 walaupun namanya disenaraihitamkan daripada memasuki Kuala Lumpur esok.
NONEIni kerana beliau belum mendapat apa-apa dokumen rasmi dari Polis di-Raja Malaysia (PDRM).

Menurut Khalid, beliau tidak faham mengapa larangan tersebut dikeluarkan walhal pihak penganjur berkali- kali memberi jaminan bahawa himpunan itu akan berlangsung secara aman.

"Saya pun tak faham di mana logiknya, seperti yang diulang berkali-kali, BERSIH ini bukan bertujuan mahu mencetuskan huru-hara tetapi kita ni perhimpunan aman, jadi jangan samakan BERSIH dengan Israel."

"BERSIH ni bukan pertubuhan haram, ia satu program anjuran 62 NGO yang sah yang berdaftar. Ia merupakan program dan bukan pertubuhan, lalu saya takk faham apa alasan dan hujah pihak polis dalam perkara ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shaharin berkata beliau masih tidak menerima apa-apa dokumen rasmi dari polis dan tetap akan menghadiri himpunan BERISH 2.0 esok.

NONEMenurut Badrul, dokumen rasmi menghalang beliau dan 90 individu lagi daripada memasuki kawasan Kuala Lumpur esok, sepatutnya dikeluarkan lebih awal bagi membolehkannya memberikan maklum balas.

"Secara undang-undang teknikalnya saya tak pasti saya dapat ke tidak, kalau ada perintah mahkamah dia (polis) harus hantar kepada saya, perintah mahkamah tak boleh beritahu melalui media, saya pun sibuk dan saya tak tahu apa yang dilaporkan oleh media." katanya kepada TV Selangor.

Menurut beliau, kerajaan tidak pernah mengiystihar Kuala Lumpur dengan perintah berkurung, darurat dan sebagainya, justeru tidak ada alasan untuk polis menghalang 91 individu daripada menghampiri ibu negara.

"Itu terpulang kepada pihak polis atau penguatkuasaan undang-undang menyebut negara ini ada hukum dan saya perlu dimaklumkan secara rasmi mengenai perintah tersebut, saya setakat waktu ini, saya tidak dapat sebarang makluman," katanya.
Sumber: Malaysiakini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites