Jangan terperanjat bila ada penoreh getah mendapat pendapatan RM3,000 sebulan sekaligus melepasi pendapatan penjawat awam. Biar betul? Memang betul la! Hari ni harga getah melambung tinggi sehingga mencecah RM15 sekilogram. Wah mahal getah sekarang......

Khamis, 4 Ogos 2011

Khalid tidak nafi politik punca Dr. Rosli letak jawatan

SHAH ALAM 3 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan wujudnya tekanan politik dalaman sehingga menyebabkan Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pihaknya sudah menjangka krisis tersebut akan berlaku dan telah bertindak menubuhkan sebuah pasukan petugas khas lebih awal dengan beberapa perbincangan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Pasukan petugas khas tersebut katanya, dianggotai oleh tiga orang Ahli Lembaga Pengarah Unisel iaitu Datuk Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie yang merupakan bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM); bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Datuk Dr. Mohamed Ariffin Aton dan bekas Naib Canselor Unisel, Datuk Dr. Adnan Alias.


"Dalam mana-mana organisasi pun adalah politik dalaman dan kerajaan negeri telah menerima peletakan jawatan Rosti, kita tidak ada halangan sebab itu adalah keputusan beliau.

"Saya hendak beritahu pasukan petugas khas itu sudah mula berjalan dalam keadaan krisis yang kita jangka dan ia akan berterusan sehingga kita melantik naib canselor yang baru," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Rosti meletak jawatan sebagai Naib Canselor Unisel dengan notis 24 jam berkuat kuasa hari ini dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan PKR Selangor.

Rosti yang mengesahkan perkara itu semalam, berkata, keputusan itu dibuat berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

Beliau yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Difahamkan, tindakan Rosti itu sebagai 'membantah' keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat; Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel berkenaan atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Rosti yang dicadangkan meletak jawatan dan digantikan dengan serta-merta.

Abdul Khalid berkata, kedudukan tiga pegawai kanan Unisel yang sebelum ini diarah dilucutkan jawatan juga diserahkan kepada pasukan petugas khas tersebut bagi membuat sebarang keputusan.

"Mesyuarat Exco hari ini telah dimaklumkan mengenai pasukan petugas khas itu dan mereka mempunyai kelulusan akademik yang bersesuaian untuk melihat pembangunan universiti.

"Ketiga-tiganya mempunyai pengalaman pentadbiran dari segi mengendalikan organisasi lebih besar daripada Unisel," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites