Semua nak kaji harga barangan, rakyat yang miskin makin terhimpit. Tapi bila pilihan raya masih lagi tak sedar diri.
Astro selaras yuran pakej
KUALA LUMPUR - Bermula 11 Julai ini, stesen televisyen berbayar Astro bakal membuat beberapa pelarasan pakej yang ditawarkan kepada lebih tiga juta pelanggannya dengan menyaksikan ada penetapan caj baru selain tawaran penjimatan.
Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan (gambar) berkata, berikutan pelarasan itu sesetengah yuran langganan mungkin naik RM1 hingga RM15 sebulan bergantung kepada pakej.
Katanya, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan kenaikan kos kandungan global dan tempatan termasuk hak penyiaran acara sukan.
"Kami komited dalam meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi Astro tidak lagi mampu untuk terus menyerap kenaikan kos kandungan.
"Untuk itu, kos langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, walaupun ada yuran naik tapi ada penjimatan antara RM4 hingga RM14.95 sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya terus komited untuk mengekalkan caj langganan bagi Pakej Famili iaitu RM37.95 merangkumi 38 saluran pelbagai bahasa dan genre.
Katanya, pelanggan Astro juga boleh menikmati penjimatan lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan perakam video peribadi (PVR).
"Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.
"Aspirasi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman menonton yang terbaru dan tiada bandingnya kepada para pelanggan,'' ujarnya.
Astro yang beroperasi sejak tahun 1996 kini menawarkan 146 saluran pelbagai bahasa dan program antarabangsa serta tempatan.
0 ulasan:
Catat Ulasan