
GUA MUSANG: Pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dengan seterunya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lepas disifatkan mempunyai motif politik
tertentu. Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah
berkata pertemuan itu mungkin helah politik Dr Mahathir bagi menarik
sokongan rakyat terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru
didaftarkan, selain cuba menjalin kerjasama dengan parti pembangkang
lain. "Mesti ada sesuatu (pertemuan Dr Mahathir dengan Anwar).
Dr Mahathir selalu buat kejutan, tetapi saya percaya pertemuan tersebut
hanya demi kepentingan politik semata-mata,"...