Mudahnya Menjadi Warganegara Malaysia

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini...

BERSIH 2.0 pertimbang heret SPR ke mahkamah

Kecewa dengan cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftar pemilih...

Selangor sedia dana RM1j bantah daftar pemilih

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertindak bijak apabila menyediakan geran bagi membiayai usaha memfailkan bantahan daftar pengundi....

Satu lagi tangkapan kerana beri ceramah tanpa permit??

Hebat benar polis Malaysia (yang bersikap adil bertimbang rasa atas dorongan parti UMNO)....

Graduan Melayu mendapat pendapat rendah?

Para graduan Melayu dan bumiputera merupakan golongan terbesar yang menerima gaji permulaan terkecil sebaik sahaja memasuki pasaran kerja iaitu antara RM501 sehingga RM2,000 ke atas berbanding kumpulan etnik lain.

Isnin, 12 Disember 2011

Jerat UMNO, Utusan untuk Hasan Ali

Oleh Daing Yahya
Setelah perhimpunan agung UMNO puas memaki dan memfitnah DAP, kini lidah rasmi parti itu Utusan Malaysia kembali memasang jerat "percintaan" di antara PAS dan UMNO. Isu yang dibangkitkan adalah pemimpin PAS Selangor Hasan Ali yang diketahui umum berbeza pandangan dalam beberapa perkara melibatkan pelaksanaan dasar kerajaan negeri Selangor.

Perbezaan pendapat

Walau pun perbezaan pendirian itu tidak bermakna prinsip perjuangan politik beliau sudah berubah, Utusan melalui kolum "Cuit" tulisan pengarang kanannya Zaini Hasan, sengaja membangkitkan pergeseran politik di antara Hasan Ali yang juga EXCO kerajaan negeri Selangor dan beberapa tokoh politik Pakatan Rakyat.

Husam, Taki ke Parlimen, Nik Amar calon MB ganti Nik Aziz?

YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13.

"Ambo nok gi doh, ambo sakit perut...." walaupun itu ayat kegemaran Nik Aziz untuk mengelakkan diri dalam sesuatu keadaan, tetapi kali ini diyakinkan itu bukan alasan yang diguna.

Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang.

Anwar Ibrahim Mahu Blogger Papa Gomo Disiasat

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites